Monday, 3 March 2025

SENARAI HOTEL PEMEGANG SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA (SPHM) DI PERAK



(Dikemaskini pada 1 Mac 2025)

Berikut adalah senarai penuh 30 hotel di Negeri Perak yang telah memperoleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) bagi restoran dan dapur mereka. Senarai ini telah dikeluarkan oleh Bahagian Hab Halal, JAKIM.

KINTA

1. The Haven All Suite Resort – Sah hingga 30/04/2025

2. Weil Hotel Ipoh – Sah hingga 28/02/2026, 30/06/2026

3. M Roof Hotel & Residences – Sah hingga 28/02/2026

4. Casuarina @ Meru – Sah hingga 31/01/2026, 31/08/2026

5. Hotel Excelsior – Sah hingga 31/03/2025, 31/01/2026

6. Impiana Hotel Ipoh – Sah hingga 30/11/2025, 15/03/2026

7. Kinta Riverfront Hotel & Suites – Sah hingga 28/02/2026

8. Symphony Suites Hotel – Sah hingga 31/12/2026

9. Tower Regency Hotel & Apartments – Sah hingga 15/03/2026

10. Travelodge Ipoh – Sah hingga 15/03/2026

11. MH Hotel Ipoh – Sah hingga 15/03/2026

12. MU Hotel Ipoh – Sah hingga 31/01/2026

MANJUNG

13. Hotel Sfera – Sah hingga 31/08/2025

14. Marina Island Pangkor Resort & Hotel – Sah hingga 31/03/2025 

15. Pangkor Coral Bay Resort – Sah hingga 30/11/2025

16. Puteri Bayu Beach Resort – Sah hingga 30/04/2025

17. Avi Pangkor Beach Resort – Sah hingga 31/12/2026 (Dapur sahaja)

18. The Orient Star Resort – Sah hingga 31/10/2026

19. Ritz Garden Hotel – Sah hingga 31/10/2026

20. Pangkor Bayview Beach Resort – Sah hingga 31/01/2026

21. Purnama Beach Resort – Sah hingga 31/08/2025

22. Virgo Batik Resort – Sah hingga 31/10/2026

KUALA KANGSAR

23. Casuarina @ Kuala Kangsar – Sah hingga 15/10/2026

LARUT MATANG & SELAMA

24. Hotel Taiping Perdana – Sah hingga 28/02/2026

25. Novotel Taiping – Sah hingga 31/12/2025

26. Hotel Grand Baron – Sah hingga 31/01/2027

KAMPAR

27. Grand Kampar Hotel – Sah hingga 15/03/2026

KERIAN

28. Bukit Merah Laketown Resort – Sah hingga 31/08/2026

HILIR PERAK

29. Rivertel Teluk Intan – Sah hingga 31/01/2026

BATANG PADANG

30. Felda Residence Hot Springs – Sah hingga 28/02/2026

Senarai ini memberikan jaminan kepada pengunjung bahawa makanan yang disediakan di hotel-hotel ini telah disahkan halal oleh pihak berkuasa.

Friday, 28 February 2025

Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Perak 2025 (1446H)

 

Ramadan, bulan yang penuh keberkatan, kembali disambut dengan kesyukuran oleh umat Islam di seluruh dunia. Ibadah puasa sebagai salah satu rukun Islam mengajarkan kesabaran, keikhlasan, dan ketakwaan.

Bagi penduduk Negeri Perak, pengalaman berpuasa pada tahun 2025 (1446H) akan lebih lancar dengan rujukan jadual rasmi waktu Imsak dan Berbuka Puasa. Jadual ini disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Perak, memastikan ketepatan waktu bagi ibadah yang lebih sempurna.


Zon 1: Tapah, Slim River, Tanjung Malim

Zon 2: Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sg Siput, Kuala Kangsar


Zon 3: Pengkalan Hulu, Grik, Lenggong


Zon 4: Temengor, Belum


Zon 5: Teluk Intan, Bagan Datuk, Kg Gajah, Seri Iskandar, Beruas, Parit, Lumut, Sitiawan, Pulau Pangkor


Zon 6: Selama, Taiping, Bagan Serai, Parit Buntar


Zon 7: Bukit Larut



Semoga jadual waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi Ramadan 1446H / 2025M ini dapat membantu umat Islam di Perak merancang serta melaksanakan ibadah puasa mereka dengan lebih mudah, khusyuk, dan sempurna.

Thursday, 27 February 2025

MAIPk Tetapkan Kadar Zakat Fitrah Perak 2025

 

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menetapkan kadar bayaran zakat fitrah bagi tahun 2025 berdasarkan jenis beras yang digunakan.

Bagi mereka yang menggunakan beras madani, beras super spesial tempatan dan beras putih super import, kadar bayaran zakat fitrah ditetapkan sebanyak RM10. Sementara itu, pengguna beras rebusan, beras perang dan beras wangi perlu membayar zakat fitrah sebanyak RM16. Bagi mereka yang menggunakan beras basmathi dan beras pulut, kadar yang ditetapkan adalah sebanyak RM27.

Timbalan Mufti Perak, Dato’ Hj. Zamri Hashim, mengumumkan kadar tersebut untuk rujukan dan panduan umat Islam di negeri Perak.

Tuesday, 25 February 2025

Status Semasa Empangan Bukit Merah: Paras Air Berjaga-jaga


 BUKIT MERAH, 25 Februari 2025 – Empangan Bukit Merah mencatatkan paras air pada 7.590 meter (24.90 kaki) dengan simpanan air sebanyak 30.1132 juta meter padu, bersamaan dengan 55.27% kapasiti. Status semasa empangan berada pada tahap Aras Berjaga-jaga.

Kadar kemasukan air ke empangan (inflow) direkodkan sebanyak 29.45m³/s, manakala aliran keluar melalui Terusan Selinsing dan Terusan Besar masing-masing adalah 8.212m³/s dan 2.265m³/s.

Mengikut SOP bekalan pengairan, empangan kini menghampiri Aras Kritikal Tahap 1 (7.01m atau 23.00 kaki), yang memerlukan pemantauan rapi bagi memastikan bekalan air mencukupi.

Hujan yang direkodkan di beberapa stesen sekitar menunjukkan bacaan berbeza, dengan Kg Sempenih mencatatkan 19.5mm, Pantai Besar 23.0mm, dan Bukit Merah 21.0mm, sementara Pdk Tanjung tidak mencatatkan hujan.

Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kerian menasihatkan agar semua pihak berwaspada terhadap perkembangan paras air empangan bagi mengelakkan sebarang gangguan bekalan pengairan.

Monday, 9 January 2023

Elak tol 45 kali, wanita berkereta Mercedes A-Class akhirnya ditahan



Sister yang lebih dari mampu bayar TOL sebab pakai Merc yang berharga lebih RM200 Ribu, tetapi tak nak bayar tol. 

Namun ibarat sepandai-pandai Buaya melibas akhirnya terlibas diri sendiri. 

Memang cekap sister yang bawak Mercedes-Benz A-Class dengan rekod baru Malaysia, 45 kali mengelat bayar tol ketika di lebuh raya PROLINTAS akhirnya ditahan.

Monday, 13 September 2021

#kualakurau Gempar buaya naik ke darat

 


Penduduk Kampung Nibong Hangus, Kuala Kurau di sini gempar apabila seekor buaya naik ke darat dalam kejadian pada Isnin.


Kejadian itu sempat dirakamkan penduduk kampung yang menyedari reptilia berkenaan berada di tepi terusan tersebut sebelum tular di laman sosial.


Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak ketika dihubungi Sinar Harian memaklumkan pasukannya telah ke lokasi kejadian selepas menerima aduan tersebut.

Wednesday, 11 August 2021

Hospital di Perak tak kenakan bayaran urus jenazah #Covid19

 


Hospital di Perak tidak mengenakan sebarang caj bayaran bagi pengurusan jenazah yang meninggal dunia akibat Covid-19.


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Mohd Akmal Kamaruddin berkata, pihak hospital menyerahkan jenazah Covid-19 yang beragama Islam kepada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) untuk pengurusan seterusnya, manakala bukan Islam diuruskan oleh satu konsortium swasta.


“Pihak hospital memang tidak mengenakan sebarang bayaran untuk pengurusan jenazah Covid-19, tetapi kita tidak tahu sekiranya mereka (waris) mengambil mana-mana perkhidmatan syarikat atau individu selepas keluar dari hospital,” katanya ketika dihubungi hari ini.

SENARAI HOTEL PEMEGANG SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA (SPHM) DI PERAK

(Dikemaskini pada 1 Mac 2025) Berikut adalah senarai penuh 30 hotel di Negeri Perak yang telah memperoleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia (...