Sunday 24 January 2021

#kualaKurau Kubur diserang babi hutan



Kuala Kurau- Serangan dan ancaman babi hutan yang merosakkan kawasan perkuburan, dilaporkan semakin menjadi-jadi. Terbaru di Tanah Perkuburan Masjid Ahmadiah, Parit Mat Ali, Kuala Kurau, disini, dimana lebih 10 batu nisan tumbang manakala tanah kubur rosak akibat serangan binatang itu. 

Jawatankuasa Pengurusan dan Keselamatan Kampung, Azhar Maturedy, berkata mengambil kira permasalahan yang berlaku pihaknya bersama penduduk membuat gotong royong membaiki semula kubur penduduk yang rosak hari ini. Menurutnya dalam masa sama, dia turut mengadukan perkara ini kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamhari yang turut hadir meninjau kawasan perkuburan ini. 

" Perkara ini disedari penduduk sekitar seminggu lalu dimana ada beberapa waris yang mengunjungi tanah perkuburan ini memaklumkan kubur ahli keluarga mereka rosak dan digali oleh binatang disyaki babi hutan. 

" Susulan itu saya bersama ahli jawatankuasa masjid telah membuat tinjauan dan mendapati benar kejadian itu malah kami dapati banyak batu nisan tumbang

" Kami tidak menolak kemungkinan perkara itu berpunca dari serangan babi hutan berikutan disini memang terdapat banyak haiwan itu yang dipercayai datang dari hutan belukar di belakang masjid ini, "katanya. 



Sementara itu Pengerusi Masjid, Mohd Arshad Hemdi, berkata pihaknya kini telah pun membuat surat permohonan rasmi untuk diserahkan kepada pihak berkaitan bagi membolehkan perkara ini diatasi segera. 

" Apa yang dimahukan kariah masjid ini adalah sebuah pagar yang mengelilingi kawasan perkuburan seluar lebih seekar ini bagi mengelakkan dari terus diceroboh babi hutan. 

" Kita juga tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku seperti serangan babi hutan terhadap pengunjung dan petugas-petugas di kawasan tanah perkuburan ini. 

" Sebelum sesuatu berlaku adalah lebih baik kerajaan bertindak segera, "katanya. 

Dalam pada itu Abdul Yunus berkata untuk tempoh jangka masa panjang bagi memastikan keselamatan kawasan tanah perkuburan ini terjamin, pihaknya akan mengusulkan perkara ini kepada beberapa beberapa agensi seperti Kementerian Pembangunan Luar Bandar. 

Menurutnya pembinaan pagar sememangnya sesuatu yang amat diperlukan bagi menjamin keselamatan bersama. 

" Dalam masa terdekat saya juga akan memaklumkan perkara ini kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bagi tujuan mencegah dari terus menceroboh kawasan perkuburan ini,"katanya. 

No comments:

Post a Comment

Elak tol 45 kali, wanita berkereta Mercedes A-Class akhirnya ditahan

Sister yang lebih dari mampu bayar TOL sebab pakai Merc yang berharga lebih RM200 Ribu, tetapi tak nak bayar tol.  Namun ibarat sepandai-pan...