Sunday 24 January 2021

Lagi kerosakan hutan dikesan, giliran Pantai Teluk Akuan


Selepas kemusnahan alam sekitar dilaporkan berlaku akibat kegiatan kuari yang tidak mematuhi beberapa syarat kelulusan penilaian impak alam sekitar (EIA) di Hutan Simpan Segari Melintang, kerosakan dan kesan aktiviti itu kini turut merebak ke lokasi lain.

Terbaharu, Pantai Teluk Akuan yang terletak berhampiran Hutan Bukit Pantai Segari Melintang menerima tempias berikutan keadaan pesisir yang mula dicemari air tanah hingga mengakibatkan pantainya bertukar “merah”.

Perkara itu didedahkan Persatuan Aktivis Sahabat Alam Malaysia (KUASA) yang kebetulan memasuki kawasan berkenaan semalam.













Mereka turut merakam gambar dan video menggunakan dron di sekitar kawasan berkenaan dan terkejut apabila mendapati anak sungai di selatan Teluk Akuan kini berwarna merah dipercayai kesan aktiviti manusia di Kompartmen 22.

“Di kawasan pantai juga terdapat tanah merah yang mengalir ke laut. Kami masuk ke dalam ikut laluan anak sungai dan mendapati tanah merah terhakis serta memenuhi sebahagian hutan simpan hingga mengakibatkan pokok mati di sesetengah kawasan akibat timbunan tanah merah dari bukit di Kompartmen 22,” kata Timbalan Pengerusi KUASA Noor Asmady Ahmad Radzuan.


Beliau berkata, apa dibimbangkan adalah fungsi Pantai Teluk Akuan yang selama ini menjadi kawasan persinggahan nelayan berlindung dari ribut dan mengambi air bersih akan terjejas.



Punca air tanah merah daripada aktiviti manusia di Kompartmen 22.

Katanya, walaupun tidak begitu dikenali, tetapi kawasan itu ada peranannya tersendiri dan dikhuatiri akan mengakibatkan kemusnahan lain jika tidak ditangani segera.


“Ikutkan Pantai Teluk Akuan ini salah satu pantai pendaratan penyu suatu masa dulu, malah nelayan yang bawa kami mengakui penyu masih mendarat di sini dan ia menjadi pantai riadah penduduk terutama keluarga nelayan yang turun ke laut,” katanya.


Ismadi berkata, pendedahan KUASA bukan mahu mencari salah mana-mana pihak, sebaliknya menekankan betapa semua pihak perlu bersama memainkan peranan memastikan alam sekitar terus terpelihara dan tidak musnah akibat sifat tamak.


Sementara itu, Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Mohd Akmal Kamaruddin berkata, pihaknya sudah mengarahkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) turun ke lokasi yang didakwa.


Pengarah JAS Perak, Rosli Zul ketika dihubungi turut memaklumkan menghantar pegawai bagi menjalankan siasatan.


“Insya-Allah pegawai JAS, Jabatan Perhutanan, Jabatan Mineral dan Geologi Perak serta pegawai dari pejabat Exco Alam Sekitar akan ke lapangan bagi menjalankan siasatan,” katanya.Pesisir pantai yang menjadi lokasi penyu mendarat kini diselaputi air tanah ‘kemerahan’ dari bukit berhampiran.

FMT



No comments:

Post a Comment

Elak tol 45 kali, wanita berkereta Mercedes A-Class akhirnya ditahan

Sister yang lebih dari mampu bayar TOL sebab pakai Merc yang berharga lebih RM200 Ribu, tetapi tak nak bayar tol.  Namun ibarat sepandai-pan...