Wednesday 31 March 2021

#Gerik Lelaki maut lori terbabas, jatuh gaung


Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan dipandunya terbabas dan terjatuh ke dalam gaung di Kilometer 62, Jalan Gerik-Lenggong berhampiran Kampung Kuala Kenering di sini hari ini.

Mangsa, Tong Jenn Choy, 40, yang tersepit di tempat duduk pemandu mengalami kecederaan parah dan maut di tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong, Farizul Anuar Razali berkata, pihaknya bergegas ke lokasi nahas selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.58 pagi.

Setiba di lokasi, didapati sebuah lori lima tan tanpa muatan terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira enam meter dengan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu.

“Operasi mengeluarkan mangsa segera dijalankan menggunakan peralatan khas iaitu ‘telescopic ram dan hydraulic spreader’.

“Mangsa yang parah disahkan maut oleh pasukan perubatan kira-kira empat jam sebelum  pasukan menyelamat tiba di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa kemudian dibawa naik ke tebing dan diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan lanjut.-K! ONLINE


No comments:

Post a Comment

Elak tol 45 kali, wanita berkereta Mercedes A-Class akhirnya ditahan

Sister yang lebih dari mampu bayar TOL sebab pakai Merc yang berharga lebih RM200 Ribu, tetapi tak nak bayar tol.  Namun ibarat sepandai-pan...