Saturday 6 March 2021

Maritim Negeri Perak tahan kapal kargo buang sisa kumbahan di perairan negara


𝗟𝗨𝗠𝗨𝗧, 𝟲 𝗠𝗮𝗰 - Tindakan sebuah kapal kargo yang disyaki membuang sisa kumbahan dari kapal di perairan negeri Perak telah ditahan Maritim Malaysia di kedudukan kira-kira 21.7 batu nautika timur laut Pulau Jarak, Perak pada jam lebih kurang 12.00 tengah hari semalam.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Shahrizan bin Raman, pesawat BOMBARDIER CL-415 MP telah mengesan aktiviti kapal kargo yang mencurigakan itu dan disalurkan kepada Maritim Negeri Selangor serta Maritim Negeri Perak kerana kapal kargo terbabit bergerak dari perairan Selangor menghala ke Utara. 


KM GAGAH diketuai Leftenan Komander Maritim Mohd Badri Barid bin Abdullah yang sedang melakukan rondaan di perairan Perak telah dikerah serta merta ke lokasi aduan untuk mengesan dan memintas serta melakukan penggeledahan secara menyeluruh ke atas kapal berkenaan, pada awal pagi semalam.

Hasil pemeriksaan mendapati, kapal tersebut berdaftar di Haiphong Vietnam dalam perjalanan menuju ke Eropah dengan dikendalikan 22 kru termasuk master terdiri daripada warga Vietnam berumur lingkungan 30 hingga 65 tahun yang mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah.

Menurut Shahrizan, kapal tersebut disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (membuang sisa minyak ke dalam laut.

Kapal berserta semua kru ditahan di ‘South East Point’ (SEP) perairan Pulau Pangkor bagi tujuan pengambilan sampel minyak oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Komuniti maritim yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dengan insiden ini diminta menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737. Mereka juga dinasihatkan agar memastikan bot sentiasa dalam keadaan baik dan selamat sebelum memulakan sesuatu aktiviti di laut. Hubungi talian 999 jika mengalami kecemasan atau ingin melaporkan kejadian jenayah di laut.

No comments:

Post a Comment

Elak tol 45 kali, wanita berkereta Mercedes A-Class akhirnya ditahan

Sister yang lebih dari mampu bayar TOL sebab pakai Merc yang berharga lebih RM200 Ribu, tetapi tak nak bayar tol.  Namun ibarat sepandai-pan...