Saturday 24 April 2021

#Taiping Perhilitan buru beruk liar cederakan wanita joging

 


Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak sedang memburu seekor beruk jantan liar yang mencederakan seorang wanita di Taman Tasik Taiping hari ini.

Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Shariff berkata sepasukan anggota telah dikerah mencari beruk itu selepas menerima laporan orang awam mengenai kejadian mangsa cedera di betis kiri akibat dicakar haiwan tersebut ketika berjoging.

“Kita telah menghantar anggota ke kawasan itu tetapi tidak menjumpai beruk tersebut.

“Saya percaya haiwan berkenaan telah melarikan diri dan pihak kami akan melakukan tindakan untuk menangkapnya,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Kejadian itu turut tular di media sosial dan orang ramai diminta berhati-hati ketika bersiar di kawasan riadah terbabit bagi mengelakkan kejadian sama berulang.


BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Elak tol 45 kali, wanita berkereta Mercedes A-Class akhirnya ditahan

Sister yang lebih dari mampu bayar TOL sebab pakai Merc yang berharga lebih RM200 Ribu, tetapi tak nak bayar tol.  Namun ibarat sepandai-pan...