Wednesday 26 May 2021

9,009 individu gagal hadir janji temu vaksin #covid19 di Perak

 


1.Dianggarkan kira-kira 9,000 individu di Perak gagal menghadiri janji temu suntikan vaksin fasa kedua Covid-19.Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Ding Lay Ming berkata, jumlah itu membabitkan mereka yang dijadualkan menerima dos pertama.

2. “Setakat ini, seramai 9,009 individu dikesan tidak hadir,” katanya ringkas menerusi WhatsApp di sini hari ini.



3. Berdasarkan data oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), sehingga semalam, seramai 774,288 individu di negeri ini telah mendaftar sebagai penerima vaksin iaitu mewakili 40.04 peratus daripada jumlah penduduk di Perak.

4. Fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang mengutamakan warga emas, orang kurang upaya dan golongan berpenyakit kronik telah bermula 19 April.


5. Notis janji temu bagi suntikan vaksin diberikan mulai 5 April, dua minggu awal sebelum tarikh janji temu menerusi aplikasi MySejahtera, panggilan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS). – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment

Elak tol 45 kali, wanita berkereta Mercedes A-Class akhirnya ditahan

Sister yang lebih dari mampu bayar TOL sebab pakai Merc yang berharga lebih RM200 Ribu, tetapi tak nak bayar tol.  Namun ibarat sepandai-pan...