Tuesday 18 May 2021

Jawatan Ketua Pengarah JAKOA wajib diberikan kepada Orang Asli berkelayakan - Ramli


IPOH, 19 Mei - Kekosongan jawatan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) ketika ini wajib diisi oleh calon berkelayakan daripada masyarakat Orang Asli Malaysia, kata Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Mohd Nor.


Beliau sebagai wakil rakyat tunggal berketurunan Orang Asli Semenanjung Malaysia di Parlimen mendakwa pihaknya menerima maklumat bahawa ada usaha dalam kalangan pegawai kementerian berkenaan supaya jawatan itu tidak disandang oleh masyarakat itu.


"Jawatan Ketua Pengarah JAKOA ini pada dasarnya akan diberi keutamaan untuk disandang oleh seorang rakyat Malaysia berketurunan Orang Asli Semenanjung Malaysia yang berkelayakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Untuk rekod, Jawatan Ketua Pengarah Pengarah JAKOA kini kosong setelah penyandangnya Prof Dr. Juli Edo yang merupakan seorang Orang Asli Semenanjung Malaysia menamatkan kontraknya bulan lalu.


Sementara itu, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Abd Latiff Ahmad menerusi laman twitter rasminya semalam memaklumkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap beliau bersama timbalannya dan Ketua Setiausaha kementerian secara maya berhubung cadangan pelantikan Ketua Pengarah JAKOA yang baharu.


Menerusi ciapan itu, Abd Latiff turut berkata sejak 2017, JAKOA telah dikemudi wakil dari masyarakat Orang Asli sebagai Ketua Pengarah mereka dalam memperjuangkan isu-isu yang berkaitan seperti warisan, kebudayaan dan pembangunan.


Sumber : Bernama 


No comments:

Post a Comment

Elak tol 45 kali, wanita berkereta Mercedes A-Class akhirnya ditahan

Sister yang lebih dari mampu bayar TOL sebab pakai Merc yang berharga lebih RM200 Ribu, tetapi tak nak bayar tol.  Namun ibarat sepandai-pan...