Tuesday 4 May 2021

#PantaiRemis Dua nelayan dikhuatiri lemas


Dua kru bot nelayan tempatan warga Myanmar dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki mereka dilaporkan karam dalam kejadian ribut di perairan Pantai Remis, di sini, semalam.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 12.35 tengah malam tadi sebelum mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Pengarah APMM Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, bot berkenaan antara empat bot nelayan kelas B yang dilaporkan karam akibat dilanda ribut ketika menangkap ikan.

Bagaimanapun katanya, hanya dua kru daripada sebuah bot berkenaan dilaporkan hilang, manakala kru tiga bot lagi dilaporkan selamat.

"Jumlah sebenar mangsa masih dikenal pasti dan semua bot itu berpangkalan di Pantai Remis dan dimiliki oleh tiga majikan berbeza.

"Berdasarkan maklumat, seorang majikan gagal menghubungi botnya pada 8.30 malam sebelum melaporkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pihaknya menggerakkan Bot Perkasa 1223 dan Kapal Maritim Nyalau untuk SAR di lokasi bot berkenaan dilaporkan karam.

HMetro

No comments:

Post a Comment

Elak tol 45 kali, wanita berkereta Mercedes A-Class akhirnya ditahan

Sister yang lebih dari mampu bayar TOL sebab pakai Merc yang berharga lebih RM200 Ribu, tetapi tak nak bayar tol.  Namun ibarat sepandai-pan...