Wednesday 9 June 2021

#Chemor Polis kesan wanita tunggang motosikal pakai gelang merah jambu

 

Polis sedang mengesan seorang wanita menunggang motosikal dengan dipercayai memakai gelang individu dalam pengawasan (PUS) Covid-19 di kawasan Bandar Baru Sri Klebang, Chemor, di Ipoh baru-baru ini seperti video yang tular dalam laman sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Lee Swee Sake berkata siasatan lanjut sedang dilakukan selepas pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu semalam.

“Polis akan mengeluarkan kompaun sekiranya didapati wanita itu benar-benar melakukan kesalahan," katanya ketika dihubungi Bernama di Ipoh hari ini.

Beliau berkata wanita itu dipercayai menunggang kenderaan itu untuk membeli barang keperluan di sebuah kedai runcit dan polis sedang berusaha mengesannya menerusi penelitian rakaman video itu.

Video berdurasi sembilan saat itu tular menerusi aplikasi WhatsApp menunjukkan seorang wanita menunggang motosikal jenis Honda EX5 berwarna hitam, yang dirakam orang awam selepas melihat perbuatan berkenaan.

- Bernama


No comments:

Post a Comment

Elak tol 45 kali, wanita berkereta Mercedes A-Class akhirnya ditahan

Sister yang lebih dari mampu bayar TOL sebab pakai Merc yang berharga lebih RM200 Ribu, tetapi tak nak bayar tol.  Namun ibarat sepandai-pan...