Monday 28 June 2021

Helikopter Fennec milik TLDM mendarat cemas di #Lumut

 


Sebuah helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) jenis AS 555 SN Fennec dilaporkan terbabit dalam kemalangan selepas terpaksa mendarat cemas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.


Menurut laporan Bernama, dalam kejadian 12 tengah hari itu, semua kru dilaporkan selamat.




Difahamkan, satu kenyataan rasmi akan menyusul oleh pihak TLDM bagi memperincikan punca kemalangan terbabit.


Untuk rekod, TLDM turut mengoperasikan enam helikopter tempur jenis Super Lynx yang semuanya memiliki rekod penerbangan cemerlang.


No comments:

Post a Comment

Elak tol 45 kali, wanita berkereta Mercedes A-Class akhirnya ditahan

Sister yang lebih dari mampu bayar TOL sebab pakai Merc yang berharga lebih RM200 Ribu, tetapi tak nak bayar tol.  Namun ibarat sepandai-pan...