Wednesday 11 August 2021

Hospital di Perak tak kenakan bayaran urus jenazah #Covid19

 


Hospital di Perak tidak mengenakan sebarang caj bayaran bagi pengurusan jenazah yang meninggal dunia akibat Covid-19.


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Mohd Akmal Kamaruddin berkata, pihak hospital menyerahkan jenazah Covid-19 yang beragama Islam kepada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) untuk pengurusan seterusnya, manakala bukan Islam diuruskan oleh satu konsortium swasta.


“Pihak hospital memang tidak mengenakan sebarang bayaran untuk pengurusan jenazah Covid-19, tetapi kita tidak tahu sekiranya mereka (waris) mengambil mana-mana perkhidmatan syarikat atau individu selepas keluar dari hospital,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kebakaran bilik isolasi Hospital Slim River bukan punca tangki oksigen


Siasatan awal pihak Jabatan Kesihatan Negeri Perak berhubung kebakaran sebuah bilik isolasi, Wad 10 Hospital Slim River di Tanjung Malim malam kelmarin mendapati kejadian bukan berpunca daripada tangki oksigen terbakar.

Pengarah Kesihatan Negeri Perak Dr Ding Lay Ming berkata siasatan lanjut mengenai punca sebenar kejadian kira-kira pukul 7.20 malam itu sedang dijalankan pihak hospital serta Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Kebakaran melibatkan seorang pesakit lelaki yang ditempatkan di dalam bilik tersebut.

“Jururawat dan pembantu perawatan kesihatan yang bertugas telah segera mengalihkan pesakit ke tempat yang selamat,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Tuesday 10 August 2021

Fasa dua PPN: Jemaah lengkap dua dos perlu patuhi SOP masjid, surau

 


Semua masjid dan surau di Perak masih kekal mengikut prosedur operasi standard (SOP) Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) termasuk individu yang telah lengkap dua dos suntikan Covid-19.


Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusof Husin berkata SOP berkenaan masih kekal seperti sebelum ini dan ahli jemaah hendaklah mematuhi SOP yang telah ditetapkan.



“Jemaah hendaklah mematuhi SOP terutamanya pemakaian pelitup muka, membawa sejadah dan mengamalkan penjarakan sosial.


“Masjid dan surau diingatkan agar terus mengadakan solat hajat bacaan Yasin, doa tolak bala agar wabak Covid-19 dapat dilenyapkan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Elak tol 45 kali, wanita berkereta Mercedes A-Class akhirnya ditahan

Sister yang lebih dari mampu bayar TOL sebab pakai Merc yang berharga lebih RM200 Ribu, tetapi tak nak bayar tol.  Namun ibarat sepandai-pan...