Tuesday 10 August 2021

Fasa dua PPN: Jemaah lengkap dua dos perlu patuhi SOP masjid, surau

 


Semua masjid dan surau di Perak masih kekal mengikut prosedur operasi standard (SOP) Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) termasuk individu yang telah lengkap dua dos suntikan Covid-19.


Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusof Husin berkata SOP berkenaan masih kekal seperti sebelum ini dan ahli jemaah hendaklah mematuhi SOP yang telah ditetapkan.



“Jemaah hendaklah mematuhi SOP terutamanya pemakaian pelitup muka, membawa sejadah dan mengamalkan penjarakan sosial.


“Masjid dan surau diingatkan agar terus mengadakan solat hajat bacaan Yasin, doa tolak bala agar wabak Covid-19 dapat dilenyapkan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.


Dilaporkan, kerajaan membenarkan individu lengkap dua dos vaksinasi untuk menunaikan solat di masjid dan surau, bermula semalam.


Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kebenaran itu hanya untuk mereka yang sudah dua minggu atau 14 hari selesai melengkapkan vaksin Sinovac, Pfizer atau AstraZeneca atau selepas 28 hari selesai menerima vaksin satu dos, Johnson & Johnson dan CanSino.


Pada bulan lepas, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenankan pelaksanaan solat fardu, Jumaat dan sunat Aidiladha di masjid serta surau mengikut keluasan dewan utama, dengan mematuhi SOP ditetapkan dalam Fasa Dua PPN di Perak. -Bernama

No comments:

Post a Comment

Elak tol 45 kali, wanita berkereta Mercedes A-Class akhirnya ditahan

Sister yang lebih dari mampu bayar TOL sebab pakai Merc yang berharga lebih RM200 Ribu, tetapi tak nak bayar tol.  Namun ibarat sepandai-pan...