Friday 22 January 2021

Belia Perak sedia jadi Rasuah Busters


Golongan belia di Perak sedia menjadi mata dan telinga agensi berkaitan dalam usaha membanteras kegiatan rasuah di negara ini.

Presiden Majlis Belia Negeri (MBN) Perak, Aswannudin Hariffudin berkata, pihaknya sendiri telah merintis dan memperjuangkan usaha memberi kesedaran kepada golongan muda terhadap bahaya rasuah sejak tiga tahun lalu.

Menurutnya, MBN Perak merupakan pertubuhan belia pertama yang dilantik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai Duta Belia SPRM Perak.

“Mewakili kepimpinan belia khususnya generasi baharu di Perak, kita menyambut baik usaha Sinar Harian dalam menggerakkan usaha memerangi rasuah dengan pelancaran Sinar Rasuah Busters.

“Generasi baharu secara jelas menolak amalan rasuah dan salah guna kuasa. Bagi kita, dalam usaha membina dan membangunkan semula negara selepas kita menang dalam perjuangan kita menentang Covid-19, virus rasuah juga perlu menjadi keutamaan kita untuk dihapuskan,” katanya pada Jumaat.

Menurutnya, menjadi tanggungjawab rakyat khususnya golongan muda memperbetulkan pelbagai kerosakan di negara ini terutama kesalahan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Aswannudin berkata, perkara itu penting kerana masa depan negara bergantung dan ditentukan oleh generasi muda yang ada pada masa sekarang.


“Jika keadaan itu tidak diperbaiki, generasi sedia ada akan turut rosak dengan kegiatan rasuah kerana mereka menganggap ia sebagai budaya atau amalan biasa.


“Bagi menunjukkan iltizam dalam menolak rasuah dan salah guna kuasa, kita telah menjalinkan kerjasama dengan SPRM Perak bagi mewujudkan Tatacara Kerja Pengurusan Kewangan MBN Perak yang baharu dan lebih berintegriti seterusnya menjadi prosedur operasi standard (SOP) atau amalan kewangan baharu di dalam organisasi ini,” katanya.

SH

No comments:

Post a Comment

Elak tol 45 kali, wanita berkereta Mercedes A-Class akhirnya ditahan

Sister yang lebih dari mampu bayar TOL sebab pakai Merc yang berharga lebih RM200 Ribu, tetapi tak nak bayar tol.  Namun ibarat sepandai-pan...