Friday 22 January 2021

Hanya 15 pasangan dibenar nikah dalam sehari


Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) membenarkan 15 pasangan bernikah setiap hari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada Jumaat di negeri ini.

Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin menerusi arahan Tatacara Pelaksanaan Majlis Akad Nikah Norma Baharu di Perak sepanjang PKP versi 4.0 memaklumkan, pelaksanaan majlis tersebut bergantung kepada jadual yang dikeluarkan pejabat agama daerah.

Menurutnya, majlis akad nikah hanya boleh dilaksanakan di Pejabat Agama Islam Daerah sahaja.

"Pegawai Tadbir Agama Daerah atau wakilnya perlu menyediakan bilik khas bagi melaksanakan majlis akad nikah tersebut. Proses nyahkuman hendaklah dilakukan mengikut keperluan dari masa ke masa.

"Tempoh masa majlis akad nikah tidak melebihi 30 minit," katanya menerusi arahan yang dimuat naik di Facebook Jabatan Agama Islam Negeri Perak pada Jumaat.

Beliau berkata, individu yang dibenarkan hadir ke majlis tersebut ialah seorang jurunikah, dua saksi, pasangan pengantin, wali pihak pengantin perempuan, bapa pengantin lelaki, ibu pengantin lelaki, ibu pengantin perempuan dan seorang jurugambar.

Jelasnya, sekiranya tatacara tersebut tidak dipatuhi atau terdapat arahan daripada Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Negeri Perak, majlis tersebut perlu dibatalkan oleh Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah.

SH

No comments:

Post a Comment

Elak tol 45 kali, wanita berkereta Mercedes A-Class akhirnya ditahan

Sister yang lebih dari mampu bayar TOL sebab pakai Merc yang berharga lebih RM200 Ribu, tetapi tak nak bayar tol.  Namun ibarat sepandai-pan...