Sunday 21 February 2021

3,297 kes #covid19 Perak catat jangkitan tertinggi


 Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 3,297 kes baharu Covid-19 dengan lima kematian.


Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 4,456 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh sama, iaitu masih kekal mengatasi jangkitan baharu menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya 249,209.


Sementara itu, Perak mencatat kenaikan kes tertinggi mendahului Selangor, dengan 1,215.


Selangor merekodkan 868 kes diikuti dengan Johor (431), Sarawak (185), Pulau Pinang (127), Kuala Lumpur (123), dan Negeri Sembilan (122).


Negeri yang mencatat dua angka kes baharu adalah Sabah (85), Melaka (65), Kelantan (30), Kedah (13) dan Terengganu (12).


Manakala, Pahang mempunyai sembilan kes, Labuan dengan tiga kes dan tiada kes baharu direkodkan di Perlis hari ini.


Noor Hisham berkata, daripada jumlah kes baharu itu, 3,291 adalah penularan tempatan manakala enam jangkitan di luar negara.


Dengan itu, jumlah jangkitan Covid-19 direkodkan dalam negara kini 283,569 kes.


Ketika ini, seramai 33,304 sedang dirawat, dengan 209 di unit rawatan rapi (ICU) dan 91 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.


Dalam pada itu, pertambahan lima kes kematian hari ini menjadikan jumlah kumulatif angka korban Covid-19 sebanyak 1,056.

No comments:

Post a Comment

Elak tol 45 kali, wanita berkereta Mercedes A-Class akhirnya ditahan

Sister yang lebih dari mampu bayar TOL sebab pakai Merc yang berharga lebih RM200 Ribu, tetapi tak nak bayar tol.  Namun ibarat sepandai-pan...