Sunday 14 February 2021

#ChenderongBalai Remaja Perempuan Kenduri Dadah Bersama Teman Lelaki Di Bilik Tidur



Teluk Intan 12 Februari 2021 - Seorang  perempuan diabaikan oleh keluarganya menjadi mangsa penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Chenderong Balai, Perak. Serbuan kali ini, Anggota Penguatkuasa AADK Hilir Perak telah  menahan seorang remaja perempuan berumur 18 tahun bersama teman lelakinya di bilik tidur remaja perempuan terbabit.

Menurut Puan Najmiah Binti Hanafi, Ketua Pegawai AADK Hilir Perak, hasil maklumat aduan orang ramai pihak AADK telah menyerbu  rumah itu yang dijadikan sebagai "PORT DADAH".

Menurutnya, semasa sepasukan anggota  memasuki rumah itu, pintu rumah telah dikunci dan didapati seorang wanita dan seorang lelaki cuba bersembunyi didalam bilik dan cuba untuk melarikan diri namun berjaya ditahan oleh sepasukan anggota AADK. Setelah arahan dan amaran diberikan oleh Ketua Operasi lelaki tersebut akhirnya akur dan membuka pintu rumah. Siasatan awal mendapati seorang remaja perempuan dan seorang lelaki berada di dalam salah sebuah bilik dirumah berkenaan. Hasil pemeriksaan, menjumpai peralatan menghisap dadah iaitu cebisan plastik lutsinar, "Dapur" hisap dadah, dan gunting.






Siasatan mendapati rumah tersebut dijadikan port untuk menghisap dadah dan berdasarkan akuan wanita tersebut menghisap dadah bersama teman lelaki nya didalam bilik tidur wanita tersebut. Remaja tersebut juga mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan yang sah.Dalam pada masa yang sama 2 lagi tempat berasingan telah diserbu oleh Unit Penguatkuasaan AADK Daerah Hilir Perak antara jam 6:00 petang hingga 12.00 malam iaitu di "kawasan perumahan" sekitar Teluk Intan, Perak Kedua-dua lokasi ini dipercayai menjadi lokasi pengambilan dadah secara berkumpulan. Hasil operasi kesemua tempat ini berjaya menahan 6 orang yang disyaki penagih dadah.

Hasil daripada ujian saringan air kencing mendapati 5 orang lelaki dan 1 orang perempuan positif dadah jenis Methamphetamine.

Kesemua tangkapan disiasat dibawah Sek 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

TANGKAPAN BUKAN UNTUK MENGHUKUM TETAPI UNTUK MERAWAT DAN MEMULIHAKAN PENAGIHAN MEREKA.

________________________________

Agensi Antidadah Kebangsaan menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti berkaitan pemprosesan, pembekalan, penyeludupan, penjualan serta penagihan dadah.

Jika anda atau orang yang anda kenali ingin menyertai program rawatan dan pemulihan dadah yang disediakan oleh pihak AADK, sila hadir ke pejabat AADK yang berhampiran atau hubungi talian Hotline AADK di 03-8911 2233 atau 019-626 2233.

- Aadk Hilir Perak

2 comments:

  1. Kalau org isap gam nk p report kat mana ye.. call balai terdekat katanya akan dipantau tp tade apa2 tindakan.. bile bgtau aadk pon tade apa yg boleh buat.. dah tu org isap gam ni biar je ke dyorg p bulan dalam imaginasi je.. sapa2 punyai saluran please let me know ok.. tq

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Elak tol 45 kali, wanita berkereta Mercedes A-Class akhirnya ditahan

Sister yang lebih dari mampu bayar TOL sebab pakai Merc yang berharga lebih RM200 Ribu, tetapi tak nak bayar tol.  Namun ibarat sepandai-pan...