Friday 12 February 2021

Panduan Pembelian Nombor Pin UPU di BSN

 



Setiap tahun permohonan kemasukan ke UA, Matrikulasi, Politeknik, ILKA, dan Kolej Komuniti dibuka kepada lepasan SPM, STPM dan setaraf. Pemohon yang berminat dikehendaki membuat pembelian nombor pin unik ID UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan bagi membuat permohonan.


Nombor pin UPU ini sangat penting kerana setiap nombor ini mempunyai pin unik ID yang membolehkan akses kepada kepada borang permohonan online yang memerlukan pemohon mengisi maklumat permohonan, bidang dan institusi pilihan. Pin unik ini juga membolehkan para pelajar untuk memohon seperti di program peringkat diploma, sarjana muda, kemasukan ke UiTM, Kolej Matrikulasi, IPG dan lain-lain.


Untuk pengetahuan umum, harga nombor pin unik ID UPU pada tahun ini adalah RM15.60 sama seperti tahun-tahun yang sebelum ini kecuali tiada caj/cukai dikenakan. Nombor pin UPU setiap pelajar adalah sulit dan tidak dibenarkan untuk dikongsikan sama sekali kepada orang lain.



Nombor Pin UPU BSN 2021 boleh didapatkan dengan beberapa cara, sama ada di kaunter BSN, ATM mahupun pesanan teks ringkas (SMS). Nombor ID unik atau Nombor pin UPU BSN 2021 amat diperlukan apabila anda ingin mengisi permohonan secara dalam talian untuk memasuki institut pengajian tinggi (IPT).

Pembelian boleh dibuat bermula bulan Februari 2021, melalui beberapa kaedah yang akan dijelaskan di bawah. Harga nombor pin adalah bergantung kepada jenis program yang ingin dipohon. Seperti contoh, untuk nombor pin UPU, harganya adalah RM15.60. Senarai harga nombor pin BSN untuk tujuan lain adalah seperti berikut:

Nombor Pin UPU BSN 2021

 

Terdapat beberapa cara mudah untuk anda membuat pembelian nombor ID unik BSN iaitu:

  • Pembelian tunai di kaunter BSN
  • Pembelian nombor pin UPU di mesin ATM
  • Pembelian melalui kemudahan SMS

 1. Pembelian tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

 

Kaedah ini memerlukan anda untuk hadir ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), tanpa perlu mempunyai akaun simpanan di BSN. Anda hanya perlu bawa kad pengenalan anda ketika berurusan di kaunter BSN, untuk tujuan pembelian nombor pin UPU.

Sebelum berurusan di kaunter, anda perlu isi borang pembelian tunai yang disediakan seperti contoh di bawah. Anda juga boleh muat turun contoh Borang Permohonan Pembelian PIN yang lengkap di sini.

Nombor Pin UPU BSN 2021

 

2. Pembelian Nombor Pin UPU di Mesin ATM

 

Sekiranya anda adalah pelanggan/pengguna yang mempunyai akaun simpanan di Bank Simpanan Nasional, anda boleh membeli nombor pin UPU BSN 2021 melalui ATM BSN. Anda hanya memerlukan kad BSN Matrix, Matrix-i atau GIRO untuk pembelian nombor pin UPU BSN 2021.

Sila ikuti langkah di bawah untuk proses pembelian:

  1. Masukkan kad BSN.
  2. Pilih Beli Nombor ID (Pin).
  3. Pilih Program Kursus.
  4. Masukkan nombor Kad Pengenalan Pemohon.
  5. Setelah mendapat notifikasi pembelian berjaya, simpan resit bercetak untuk rujukan kelak.

 

3. Pembelian Melalui SMS

Pengguna yang ingin membuat pembelian melalui SMS perlu mempunyai akaun BSN dan perlu mendaftar terlebih dahulu untuk menggunakan perkhidmatan SMS Banking.

Anda boleh mendaftar di Kaunter, CDM (Cash Deposit Machine ) atau ATM.

Untuk mendaftar di ATM atau CDM, sila ikuti langkah berikut:

  1. Masukkan Kad MATRIX BSN dan pilih Bahasa
  2. Masukkan No. Pin dan pilih Urusan Lain
  3. Pilih Perbankan SMS dan pilih Pendaftaran
  4. Masukkan No. Telefon Bimbit
  5. Urusan Telah Berjaya dan slip akan dikeluarkan bersama cetakan 4 digit UAC.
  6. SMS pendaftaran berjaya akan diterima melalui telefon yang didaftarkan tadi.
  7. Selepas berjaya mendaftar, barulah boleh membeli No Unik UPU melalui SMS.
  8. Kemudian, SMS ke 36898  dengan menaip : PIN<jarak>MPIN<jarak>ORG<jarak>KP
  • contoh : PIN 012345 SPM 950101010101
  • *M-PIN adalah no pin kad Matrix BSN

 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi perkhidmatan pelanggan BSN di talian 1300 88 1900, atau layari laman sesawang https://www.bsn.com.my/

No comments:

Post a Comment

Elak tol 45 kali, wanita berkereta Mercedes A-Class akhirnya ditahan

Sister yang lebih dari mampu bayar TOL sebab pakai Merc yang berharga lebih RM200 Ribu, tetapi tak nak bayar tol.  Namun ibarat sepandai-pan...