Sunday 7 February 2021

Laman Rasmi Kerajaan Negeri Perak Dicerobohi Oleh Malaysia Darknet?


Baru sahaja menerima maklumat mengenai serangan oleh Malaysia Darknet terhadap laman rasmi kerajaan negeri Kelantan. Kini mereka tampil lagi dengan serangan lain. Maklumat serangan telah disampaikan kepada kami oleh seorang pemberi maklumat, menurut laporan portal omghackers.com, 

Dalam laporan portal berita berkenaan, pemberi maklumat berkenaan mengatakan, kelompongan keselamatan laman itu adalah lubang lama yang tidak ditutup sejak daripada zaman RileksCrew lagi.

Motif serangan pada kali ini adalah untuk memberi peringatan kepada pengendali laman mengenai kepincangan keselamatan laman yang lemah. Malaysia Darknet juga didakwa berjaya mengakses database laman yang dicerobohi dan boleh membaca data yang ada di dalam database. Data-data ini boleh sahaja disalin tetapi setakat ini belum ada berita mengenai sebarang kebocoran data di kedua-dua subdomain perak.gov.my yang dicerobohi ini.

Subdomain perak.gov.my yang terlibat adalah https://pdttapah.perak.gov.my dan https://pdttelukintan.perak.gov.my.


SUMBER

No comments:

Post a Comment

Elak tol 45 kali, wanita berkereta Mercedes A-Class akhirnya ditahan

Sister yang lebih dari mampu bayar TOL sebab pakai Merc yang berharga lebih RM200 Ribu, tetapi tak nak bayar tol.  Namun ibarat sepandai-pan...