Semalam Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad meninjau pelaksanaan PKPD di FELDA Lasah & Kg. Besi Api di Sungai Siput dan di Felcra Nasaruddin di Bota, Perak Tengah.
Selepas mendengar taklimat daripada jabatan dan agensi terlibat, Datuk Saarani sempat bertanya khabar dan menghulurkan bantuan barang keperluan untuk penduduk yang terjejas.
"Alhamdulillah, saya melihat kolaborasi yang baik antara jabatan dan agensi untuk memastikan setiap penduduk yang terkesan dapat dibantu, terutamanya soal makan minum dan keselamatan mereka." Ujar Beliau.
Turut sama dalam tinjuan tersebut adalah Ahli Parlimen Parit, Dato Nizar Zakaria, ADUN Lintang, YB Dato Zolkafly Harun, ADUN Bota, YB Khairul Shahril Mohamed, ADUN Belanja, YB Khairudin Hj Abu Hanipah dan pemimpin setempat yang membantu menghulurkan bantuan kepada penduduk yang terlibat.
Datuk Saarani juga turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh frontliners yang bertungkus-lumus di lapangan demi memastikan keselamatan dan kebajikan penduduk yang terlibat sentiasa menjadi keutamaan. Perak Press
No comments:
Post a Comment