Monday 15 March 2021

MAQIS rampas 160kg telur sotong katak tanpa permit di Lumut


Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas dua tong berisi telur sotong katak yang cuba dibawa masuk tanpa permit dari Indonesia di pintu masuk MAQIS Pelabuhan Lumut, semalam.

Pengarah MAQIS Negeri Perak Rozita Superman berkata pemeriksaan pihaknya menemui sebanyak 20 kotak seberat 160 kilogram (kg) telur sotong katak sejuk beku di dalam tong-tong ikan tanpa permit import MAQIS yang sah.

“Kesemua barang dagangan tersebut yang dianggarkan bernilai RM4,800 telah dirampas untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata perbuatan mengimport keluaran pertanian tanpa permit import dikeluarkan MAQIS merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

Katanya pihak MAQIS sentiasa komited dalam menjalankan tugas di pintu-pintu masuk negara bagi memastikan sebarang kemasukan produk pertanian, perikanan dan haiwan sentiasa dipatuhi bagi menjamin keselamatan makanan negara.


-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Elak tol 45 kali, wanita berkereta Mercedes A-Class akhirnya ditahan

Sister yang lebih dari mampu bayar TOL sebab pakai Merc yang berharga lebih RM200 Ribu, tetapi tak nak bayar tol.  Namun ibarat sepandai-pan...