Sunday 14 March 2021

MKN Perak siasat dakwaan individu dikuarantin dihidang menu babi

 


Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak sedang menyiasat dakwaan individu yang menjalani kuarantin di hotel di sini mendapat hidangan yang mempunyai babi.

Pengarahnya, Khairul Ridzuan Mat Said berkata, pihaknya sedia maklum dengan isu terbabit.

"Kita sedang menyiasat tentang kenyataan yang ditularkan oleh individu berkenaan dan pihak kami sudah sedia maklum berhubung perkara ini sejak dua hari lalu.


"Jadi, ketika ini kita sudah menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut berkenaan perkara ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Khairul Ridzuan berkata, secara umumnya segala urusan berkaitan makanan, penginapan, keperluan asas penghuni adalah di bawah tanggungjawab agensi di pusat kuarantin.

"Jawatankuasa yang bertanggungjawab daripada agensi ini mungkin akan menyemak semula adakah perkara ini benar atau tidak," katanya.

Terdahulu, tular di media sosial individu yang menjalani tempoh kuarantin itu mendakwa mendapat hidangan yang mempunyai babi walaupun kakitangan hotel sudah pun sedia maklum sejak dari awal dirinya sebagai 'vegan' selain beliau tidak memakan hidangan babi atas sebab keagamaan.

Individu terbabit turut bertambah kesal dengan situasi kerana sudah membelanjakan lebih RM1,000 untuk menjalani tempoh kuarantin di hotel berkenaan.

HMetro

No comments:

Post a Comment

Elak tol 45 kali, wanita berkereta Mercedes A-Class akhirnya ditahan

Sister yang lebih dari mampu bayar TOL sebab pakai Merc yang berharga lebih RM200 Ribu, tetapi tak nak bayar tol.  Namun ibarat sepandai-pan...