Wednesday 14 April 2021

#BaganSeberang Lelaki rentung dalam kereta terbakar


Seorang lelaki ditemui rentung dalam sebuah kereta yang terbakar di Jalan Bagan Seberang, Kampung Kuala Gula, pagi tadi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 10.41 pagi dan segera ke lokasi kejadian.

Menurutnya, setibanya di lokasi pihaknya mendapati sebuah kereta jenis Honda sedang terbakar.

"Terdapat seorang mangsa lelaki disahkan rentung dalam kenderaan itu dan operasi memadam kebakaran masih dijalankan," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat dihubungi mengesahkan kejadian dan menegaskan perkara itu masih dalam siasatan. BH

No comments:

Post a Comment

Elak tol 45 kali, wanita berkereta Mercedes A-Class akhirnya ditahan

Sister yang lebih dari mampu bayar TOL sebab pakai Merc yang berharga lebih RM200 Ribu, tetapi tak nak bayar tol.  Namun ibarat sepandai-pan...