Sunday 23 May 2021

Kerajaan Negeri Perak salur RM 2,38 Juta bagi membantu rakyat yang terkesan dengan PKPD - Saarani Mohamad



Sebanyak RM2.38 juta disalurkan Kerajaan negeri bagi membantu rakyat khususnya golongan B40 yang terkesan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Jelas Menteri Besar, YAB Dato’ Saarani Mohamad, RM1.2 juta akan disalurkan kepada empat Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) yang terlibat dalam pelaksanaan PKPD.

“RM400,000 untuk PDT Kinta dan PDT Larut Matang dan Selama manakala RM200,000 untuk PDT Hulu Perak dan PDT Muallim.

“Manakala RM1.18 juta pula melibatkan peruntukan sebanyak RM20,000 kepada kesemua 59 pejabat pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN),”  jelasnya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Peruntukan tersebut adalah bagi memudahkan setiap wakil rakyat menjalankan pengurusan menangani COVID-19 di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Bantuan itu diumumkan selepas pertemuan dengan kesemua ADUN Perak yang diadakan secara maya pada hari ini.

Tegas Dato’ Saarani, Walaupun Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPD kali ini lebih longgar, semua  PDT serta agensi  berkenaaan diarah membuat pemantauan bagi memastikan rakyat yang terjejas dapat dibantu.


“Bagi peruntukan kepada PDT di lokasi PKPD, keutamaan diberi bagi penyaluran bantuan kotak makanan kepada golongan miskin dan B40 yang terkesan terutamanya mereka yang terputus mata pencarian atau terjejas pendapatan ekoran pelaksanaan SOP sepanjang PKPD.

‘Nilai barangan bagi setiap kotak makanan, senarai penerima, kaedah penyaluran adalah terpulang kepada kesesuaian dan budi bicara PDT di daerah yang berkenaan,” ulasnya.

PDT terlibat dibenarkan menggunakan peruntukan tersebut bagi keperluan lain berkaitan pengurusan COVID-19 termasuk membeli ubat-ubatan sekiranya terdapat lebihan.

Komunikasi Strategik Perak [Stratcom]

No comments:

Post a Comment

Elak tol 45 kali, wanita berkereta Mercedes A-Class akhirnya ditahan

Sister yang lebih dari mampu bayar TOL sebab pakai Merc yang berharga lebih RM200 Ribu, tetapi tak nak bayar tol.  Namun ibarat sepandai-pan...