Sunday 23 May 2021

Usaha-usaha Kerajaan Negeri Perak jalankan bagi membantu rakyat menghadapi #covid19



1. Februari 2021: Selepas dimaklumkan banyak pelajar berdepan kesukaran sepanjang PKP 1.0, Dato' Saarani luluskan peruntukan RM2.71 juta untuk sediakan makanan percuma kepada lebih 37,000 calon peperiksaan melalui program Tuisyen Cikgu Saarani.



2. Februari 2021: Tuisyen Cikgu Saarani yang dilancarkan turut membantu kira-kira 200,000 pelajar sekolah anak-anak Perak merangkumi inisiatif dan bantuan khusus iaitu:

i) Tuisyen dan kelas tambahan

ii) Bantuan khas makanan

iii) Program latih tubi menjelang peperiksaan

iv) Seminar menjawab soalan peperiksaan

v) Penyediaan bahan pengajaran berasaskan video interaktif



3. Februari 2021: Selepas mendengar taklimat dalam sesi turun padang di Taiping Perak - kawasan terjejas COVID - Dato' Saarani luluskan peruntukan RM115,800 untuk pembelian peralatan kepada Penjara Negeri Perak. Ketika itu, Kluster Penjara menjadi penyumbang peningkatan kes COVID sehingga merebak kepada ahli keluarga dan kakitangan.

4. Februari 2021: Kepada Frontliner, Menteri Besar Perak juga meluluskan peruntukan bagi pembelian kelengkapan Thermal imaging screening system RM6,000.00 kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping pada 12 Februari 2021



5. Februari 2021: Ketika meninjau pelaksanaan PKPD di Felda Lasah, Menteri Besar Perak telah meluluskan RM10,000.00 untuk Program Khidmat Masyarakat di Felda Lasah khusus untuk membantu keluarga yang terjejas. 


6. Februari 2021: Susulan pelaksanaan PKPD di Gerik, Menteri Besar telah meluluskan sumbangan kerja-kerja kecemasan memasang dinding penghadang dan lain–lain kemudahan penting di Hospital Gerik yang menelan kos sebanyak RM 46,000.00

7. Februari 2021: YAB Menteri Besar yang meninjau oprasi PKPD di Gerik telah meluluskan sebanyak RM 43,700 kepada PPD Hulu Perak untuk pembelian Smart TV, Capaian Internet dan Laptop bagi kemudahan PdPR kepada guru dan pelajar yang dikuaratin ketika PKPD.

8. Mac 2021: Selepas dimaklumkan mengenai kesusahan yang dihadapi mahasiswa ketika pelaksanaan PKP, Menteri Besar mengumumkan peruntukan sebanyak RM200,000 bagi meringankan beban mahasiswa yang terkesan dengan pandemik COVID-19 khususnya dari golongan B40.


9. Februari 2021: Menyedari beban tugas MKN yang semakin mencabar, Menteri Besar telah menyalurkan peruntukan RM33,325 kepada MKN Perak untuk membantu melicinkan operasi termasuk pegawai penugasan semula secara sementara dalam tempoh darurat.



10. Mac 2021: Menteri Besar Perak telah melancarkan Kedai Bergerak negeri Perak bagi membantu rakyat yang berpendapatan rendah terutamanya di kawasan luar bandar yang mana diskaun sebanyak 5% daripada ADUN kawasan berkenaan dan lagi tambahan 5% kepada penduduk yang berdaftar dengan eKasih. Inisiatif ini dihidupkan semula oleh Yayasan Bina Upaya dengan kolaborasi anak syarikat kerajaan negeri iaitu Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak, Perbadanan Menteri Besar dan Maju Perak Holdings. Kolaborasi ini diharap dapat membantu rakyat yang terjejas akibat pendamik Covid19.

11. April 2021: Kerajaan negeri juga telah memberi bantuan dana bagi bantuan pandemik COVID-19 kepada golongan B40 DUN Chenderoh RM25,000.00.

12. April 2021: Kerajaan Negeri turut menyumbangkan sumbangan pasca COVID-19 sekitar DUN Changkat Jering RM 20,000.00 15 April 2021

13. April 2021: YAB Menteri besar turut menyalurkan sumbangan Rm40,200.00 komputer riba serta makanan kering untuk Petugas PPV Kinta.

14. April 2021: Berikutan peningkatan jangkitan COVID-19 di Hulu Perak, Menteri Besar MB telah memberi  Bantuan Dana Bagi Alat Kelengkapan Pusat Vaksinasi COVID-19 Daerah Kecil Lenggong pada 28 April 2021 sebanyak RM15,116.00

15. Mei 2021: Menteri Besar umum peruntukan RM300,000 melalui Program Kesejahteraan Rakyat bagi membantu keluarga yang ditimpa malang terutamanya ketika musim COVID-19 termasuk mereka yang terkesan akibat bencana ribut. 

16. Mei 2021: Prihatin dengan nasib peniaga akibat pembatalan Bazar Aidilfitri yang sepatutnya diadakan menjelang hari raya, Menteri Besar meluluskan pembayaran pampasan hampir RM30,000 kepada lebih 50 peniaga yang terkesan.

17. Mei 2021: Menteri Besar Perak telah meluluskan peruntukan berjumlah RM6,084,000 bagi tujuan penyediaan makan minum petugas di 13 buah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seluruh Negeri Perak. 

18. Mei 2021: Kerajaan negeri juga telah meluluskan Sumbangan Dana Bekalan Pelitup Muka Dan Hand Sanitizer DUN Rungkup sebanyak RM 20,000.00.

19. Mei 2021: Ketika Mengadakan lawatan ke Kawasan PKPD di Gerik, YAB Menteri Besar telah meluluskan RM30,000 untuk membendung wabak COVID-19 di Daerah Kecil Pengkalan Hulu dan juga telah menyalurkan sebanyak RM 10,000.00 kepada MRSM Pengkalan Hulu yang terkesan dengan PKPD.

20. Mei 2021: Menteri Besar Perak telah mengumumkan penambahan sebanyak 100 katil iaitu dari 208 kepada 308 katil di Pusat Rawatan dan Kuarantin Covid19 (PKRC) Arena Badminton Ipoh bagi meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi penambahan kes postif yang dijangka meningkat dalam tempoh dua hingga tiga minggu ini. Selain itu, sumbangan makanan akan disediakan oleh kerajaan negeri kepada petugas barisan hadapan .

21. Mei 2021: Kerajaan Negeri Luluskan Peruntukan RM60,000.00 bagi Penyediakan Kotak Makanan Covid -19 bagi agihan di Kawasan PKPD Mukim Hulu Kinta, iaitu antara daerah yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

22. Mei 2021: Memahami kekangan yang dihadapi pelajar susah, Menteri Besar mengumumkan bantuan Telefon Pintar dan sim kad percuma kepada 20,000 pelajar dari kumpulan B40 bagi membolehkan mereka mengikuti Pembelajaran dan Pelajaran di rumah (PdPr) hasil dari kerjasama Kerajaan Negeri Perak dan YTL Foundation.

23. Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan pemberian diskaun air secara bersasar kepada pelanggan-pelanggan Perniagaan/Industri yang terkesan susulan wabak COVID-19 pada tahun 2021. Diskaun ini melibatkan RM1.05 juta.

Pada masa yang sama, program tanggungjawab social melalui Lembaga Air Perak dalam bentuk pemberian diskaun air secara berterusan juga diberikan kepada pelanggan air domestik iaitu pemberian air percuma sebanyak 25 m3 sebulan kepada golongan sasar iaitu rakyat miskin dan penurunan tariff air melalui pemberian diskaun kepada semua pelanggan domestik pada kadar 10% bagi penggunaan 20 m3 pertama sebulan yang melibatkan anggaran jumlah diskaun sebanyak RM9.2 juta setahun.

Komunikasi Strategik Perak [Stratcom]

No comments:

Post a Comment

Elak tol 45 kali, wanita berkereta Mercedes A-Class akhirnya ditahan

Sister yang lebih dari mampu bayar TOL sebab pakai Merc yang berharga lebih RM200 Ribu, tetapi tak nak bayar tol.  Namun ibarat sepandai-pan...