Tuesday 29 June 2021

Isu tanah #BaganTiang - SPRM Perak akan panggil beberapa individu


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak akan memanggil beberapa individu berhubung dakwaan pemberian sebidang tanah kerajaan di Bagan Tiang, Parit Buntar kepada sebuah syarikat.

Pengarah SPRM Perak, Mohd Fauzi Mohamad, berkata mereka akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009, susulan dakwaan pemberian tanah seluas kira-kira 19 hektar kepada sebuah syarikat, untuk pelaksanaan projek ternakan udang itu.

“Antara saksi yang bakal dipanggil termasuk daripada Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP), serta pejabat daerah dan tanah untuk memberikan keterangan berhubung laporan dilakukan Pemuda PKR Perak, sebelum ini.

Monday 28 June 2021

#lumut 5 nelayan warga Indonesia terapung 3 hari di laut diselamatkan


Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyelamatkan lima nelayan warganegara asing yang terapung di perairan Malaysia pada kedudukan kira-kira 35 batu nautika barat daya dari Pulau Pangkor, dekat sini semalam.

Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintah Armada Barat TLDM berkata mereka yang dipercayai warga Indonesia itu telah diselamatkan kira-kira jam 2 petang.

Katanya, bot yang dinaiki mereka dipercayai telah karam akibat ribut, sebelum mereka terapung di laut selama tiga hari sehingga hanyut ke perairan negara.

Helikopter Fennec milik TLDM mendarat cemas di #Lumut

 


Sebuah helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) jenis AS 555 SN Fennec dilaporkan terbabit dalam kemalangan selepas terpaksa mendarat cemas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.


Menurut laporan Bernama, dalam kejadian 12 tengah hari itu, semua kru dilaporkan selamat.


#Ipoh Misteri bau busuk dalam rumah terungkai, mayat warga emas ditemui

 


Misteri bau busuk di dalam sebuah rumah di Taman Sri Sayang, dekat sini, terungkai apabila mayat seorang warga emas ditemui terbaring di ruang dapur rumah berkenaan hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mereka menerima panggilan mengenai perkara itu kira-kira jam 8 pagi.

Saturday 26 June 2021

#Gopeng Bawa dadah bernilai lebih RM6 juta, dua lelaki ditahan di SJR

 



Polis merampas dadah seberat 128.78 kilogram (kg) bernilai RM6.439 juta apabila dua lelaki tempatan ditahan ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Gopeng di sini, Rabu lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, kedua-dua suspek berumur 41 dan 47 tahun yang menaiki kereta mewah jenis Bentley berada dalam keadaan mencurigakan.

#KualaKurau Bot karam dirempuh bot pukat tunda, 2 nelayan ditemui selamat 1 masih hilang

 


Seorang nelayan hilang, manakala dua lagi dijumpai selamat selepas bot mereka karam dilanggar bot pukat tunda di kedudukan 25 batu nautika barat daya Kuala Kurau di sini, pada Jumaat.

Pengarah Zon Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Sharenliza Ghazali berkata, kejadian kira-kira jam 4 pagi itu berlaku di perairan Larut, Matang dan Selama.

Menurutnya, dua mangsa diselamatkan oleh bot nelayan lain selepas tiga jam terapung.

"Seorang tekong dan awak-awak berusia 35 dan 21 tahun dapat diselamatkan manakala seorang lagi awak-awak yang hilang dikenali sebagai Mohd Syarif Hasyim, berusia 25 tahun.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan kira-kira jam 2 petang selepas Maritim Malaysia menerima maklumat itu," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Thursday 17 June 2021

#SimpangPulai Gagal buka, penjenayah tinggal peti besi pejabat Pos atas jalan





Ipoh: Penjenayah berputih mata apabila cubaan membuka dan melarikan peti besi selepas memecah masuk ke Pejabat Pos Kampung Kepayang di Taman Chandan Desa, Simpang Pulai di sini, gagal.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, kejadian itu disedari pengurus cawangan pejabat pos berkenaan, iaitu seorang wanita berusia 35 tahun semasa mahu memulakan tugas pada 8 pagi hari ini, yang kemudian melaporkannya kepada pihak polis.

"Pengadu mendapati pintu hadapan iaitu pintu kaca dan pintu penutup gendela gulung (roller shutter) diumpil dan terbuka serta keadaan di dalam pejabat pos itu berselerak. Peti besi di dalam pejabat pos, telah berada di luar pejabat iaitu di atas jalan serta terdapat kanvas berwarna biru menutupi pintu hadapan premis itu.

"Barang-barang yang hilang serta kerugian tidak dapat dikenal pasti lagi. Namun, dekoder kamera litar tertutup di premis itu mengalami kerosakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pemuda UMNO Perak lapor polis isu poster fitnah MB Perak

 

Ketua Pemuda Umno Perak Mohd Ariff Abdul Majid membuat laporan polis berhubung poster yang dimuat naik di laman sosial Facebook dan Twitter yang disifatkan sebagai fitnah dan sengaja menimbulkan kebencian terhadap Menteri Besar Perak.

Mohd Ariff membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar kira-kira 4.15 petang tadi.Menurut Mohd Ariff, poster berkenaan yang dimuat naik seorang pengguna media sosial, Fahmi Redza tular bersama kapsyen berbunyi ‘kita dah bagi makan sardin, jangan gatal nak mintak ayam pulak’ mengundang kecaman dan maki hamun pengguna media sosial yang lain.

“Ia termasuklah mendakwa Menteri Besar Perak Saarani Mohamad seperti angkuh dalam isu pemberian telefon pintar kepada pelajar miskin di Perak.

Tuesday 15 June 2021

#Gerik Pengawal Keselamatan TNB maut kemalangan


Pengawal Keselamatan Tenaga Nasional Berhad (TNB) maut dalam kemalangan di Jalan Raya Timur Barat Fasa ll, Gerik - Kupang berhadapan hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bintang Hijau, kira-kira jam 6.10 pagi tadi.

Mohamad Amirul Ahmad, 21, yang tinggal di Kampung Permatang Gelok, Alor Setar, Kedah meninggal dunia di tempat kejadian apabila motosikal yang ditungganginya berlanggar dengan treler yang keluar dari kawasan R&R berkenaan.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superitendan Zulkifli Mahmood, berkata pihaknya menerima panggilan jam 6.20 pagi dan siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan motorsikal ditunggangi mangsa berseorangan dan treler yang dipandu, Mohd Saufi Yaakub, 54, dari Kampung Kandis Telong, Bachok, Kelantan.

Saturday 12 June 2021

Masjid & surau di Perak sumbang lebih RM370,000 untuk Palestin

 


Semua masjid dan surau di Perak berjaya mengumpulkan RM371,105 sumbangan khusus untuk membantu rakyat Palestin yang diserang tentera zionis Israel.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin berkata, usaha yang dirintis JAIPk menerusi kutipan derma untuk Tabung Kecemasan dan Kemanusiaan bagi penduduk Palestin bermula sejak 17 Mei iaitu pada 5 Syawal lalu membuahkan hasil.

Menurutnya, jumlah kutipan tersebut membuktikan keprihatinan umat Islam di negeri ini terhadap nasib saudara seagama yang berdepan cabaran besar mempertahankan Masjid Al-Aqsa.

Thursday 10 June 2021

#KualaKurau 2 Nelayan hilang pagi tadi ditemui lemas


Dua nelayan yang dilaporkan hilang dalam kejadian ribut pagi tadi, ditemui lemas petang tadi.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau Mohd Sharenliza Ghazali berkata, mayat pertama dikenali sebagai Ueap Bee Hin, 65, ditemui terapung oleh nelayan, 3.30 petang di kedudukan 1.2 batu nautika dari perairan Sungai Baru, Tanjung Piandang.

Manakala mayat Tan Eng Thang, 59, ditemui terapung, 6 petang tadi ketika kerja-kerja menarik bot mangsa dilakukan di kedudukan 0.5 batu nautika barat dari Parit 30, Kuala Kurau.

"Terdahulu, kami menerima laporan kehilangan kedua-dua mangsa masing-masing di perairan Tanjung Piandang dan perairan Kuala Kurau.

Wednesday 9 June 2021

Jangan provokasi, tiada isu pilih kasih mengenai bantuan di kawasan PKPD- MB Perak

 


Tindakan segelintir pihak mendakwa bantuan keperluan harian di kawasan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di Ipoh hanya tertumpu kepada Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan UMNO, disifatkan sebagai satu lagi provokasi politik.

Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad menegaskan, tidak timbul soal sama ada beliau Menteri Besar Perak atau Menteri Besar UMNO seperti yang heboh diperkatakan di media sosial baru-baru ini.

Ini kerana, jelasnya, peruntukan disalurkan kepada pihak yang memerlukan, tidak kira kerajaan atau pembangkang.

#Chemor Polis kesan wanita tunggang motosikal pakai gelang merah jambu

 

Polis sedang mengesan seorang wanita menunggang motosikal dengan dipercayai memakai gelang individu dalam pengawasan (PUS) Covid-19 di kawasan Bandar Baru Sri Klebang, Chemor, di Ipoh baru-baru ini seperti video yang tular dalam laman sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Lee Swee Sake berkata siasatan lanjut sedang dilakukan selepas pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu semalam.

“Polis akan mengeluarkan kompaun sekiranya didapati wanita itu benar-benar melakukan kesalahan," katanya ketika dihubungi Bernama di Ipoh hari ini.

Tuesday 8 June 2021

#BaganSerai Bangkai buaya jantan tua ditemui terapung dalam sungai

 

Seekor buaya jantan sepanjang lima meter (15 kaki) seberat kira-kira 400 kilogram ditemui mati terapung dalam sungai oleh penduduk Kampung Teluk Peribu, Bagan Serai, petang semalam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak Yusoff Sharif berkata buaya jantan itu yang dilihat terapung kira-kira jam 4 petang semalam dipercayai mati dua atau tiga hari lalu.

Katanya ketika ditemui badan reptilia berkenaan sudah mereput, giginya telah luruh dan dipercayai mati kerana faktor usianya yang tua.

“Bangkai buaya itu ditarik naik ke daratan menggunakan traktor penduduk setempat setelah cubaan menarik mengunakan kenderaan gagal kerana berat haiwan itu.

Mesyuarat Agung Tahunan Barisan Nasional, Umum Bekas MB Perak, Zambry Abd Kadir Sebagai SUA Baharu

 



Dewan Tertinggi Barisan Nasional yang bermesyuarat malam ini menyatakan parti itu telah secara sebulat suara melantik YB Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir sebagai Setiausaha Agung manakala YAB Dato’ Seri Azlan bin Man sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Barisan Nasional Negeri Perlis yang baharu.

Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Mesyuarat Agung Tahunan Barisan Nasional diadakan secara maya (online) yang turut dihadiri oleh kesemua empat parti komponen UMNO, MCA, MIC dan PBRS.

Katanya Sebagai memenuhi peraturan Akta Pertubuhan 1966, Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Tertinggi BN telah membentangkan Laporan Tahunan bagi tahun berakhir 31 Disember 2020.

Elak tol 45 kali, wanita berkereta Mercedes A-Class akhirnya ditahan

Sister yang lebih dari mampu bayar TOL sebab pakai Merc yang berharga lebih RM200 Ribu, tetapi tak nak bayar tol.  Namun ibarat sepandai-pan...