Monday 12 July 2021

#ParitBuntar Video tular rider Foodpanda dipukul hanyalah salah faham


Polis menafikan satu video tular pergaduhan membabitkan dua lelaki Melayu yang berlaku di Parit Buntar baru-baru ini melibatkan perkauman seperti didakwa netizen sebaliknya berpunca daripada salah faham antara kedua-dua individu dalam video tersebut.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Marzuki Mat berkata, kejadian itu dikatakan berlaku apabila lelaki yang juga rider Foodpanda disyaki mempunyai hubungan sulit dengan isteri individu terbabt.

Menurut beliau, berikutan kejadian itu satu laporan polis telah dibuat oleh seorang pengadu yang juga terlibat dalam pergaduhan itu.


“Siasatan mendapati berlaku salah faham berikutan penama tidak mempunyal hubungan dengan isteri pangadu dan hanya mengenali sebagai rakan sekerja sejak lapan tahun lalu.

“Dia telah datang ke rumah pengadu untuk menghantar makanan yang dipesan,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

Berikutan itu, kedua-dua lelaki terbabit tetah berbincang untuk menyelesaian kejadian berkenaan secara baik dan satu laporan polis telah dibuat oleh pengadu untuk menarik balik kes tersebut. -K! ONLINE

No comments:

Post a Comment

Elak tol 45 kali, wanita berkereta Mercedes A-Class akhirnya ditahan

Sister yang lebih dari mampu bayar TOL sebab pakai Merc yang berharga lebih RM200 Ribu, tetapi tak nak bayar tol.  Namun ibarat sepandai-pan...