Sunday 18 July 2021

#TelukIntan Seludup Ketum guna surta MITI palsu


Cubaan dua lelaki menyeludup daun ketum seberat 475 kilogram (kg) bernilai RM28,500 ke Lembah Klang gagal apabila lori dinaiki mereka ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) di Batu 5 Jalan Teluk Intan-Sabak Bernam, di sini, semalam.

Mereka turut dikesan menggunakan surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) palsu untuk merentas negeri bagi mengaburi pihak berkuasa.

Pemangku Komander PPM Wilayah Satu Superintendan Shoppri Saad berkata, dua lelaki berusia 47 dan 48 tahun itu ditahan pada 1.45 pagi hasil maklumat risikan selama sebulan.

Menurutnya, lori itu mendapatkan bekalan daun ketum dari Seberang Perak dan dalam perjalanan ke Lembah Klang.

"Pemeriksaan mendapati daun ketum itu disimpan dalam 95 bungkusan plastik hitam di belakang kenderaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua lelaki itu bersama rampasan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak untuk tindakan lanjut.

"Keseluruhan nilai barang rampasan dianggarkan RM60,000 termasuk lori.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Peraturan 3(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (no 3) 2020," katanya.

https://t.co/QQdvkUdwcX

No comments:

Post a Comment

Elak tol 45 kali, wanita berkereta Mercedes A-Class akhirnya ditahan

Sister yang lebih dari mampu bayar TOL sebab pakai Merc yang berharga lebih RM200 Ribu, tetapi tak nak bayar tol.  Namun ibarat sepandai-pan...