Sunday 18 July 2021

#Lumut 100 kg ikan ketutu, kelah dirampas MAQIS

 


Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Perak merampas satu peti berisi ikan ketutu dan kelah seberat 100 kilogram (kg) yang cuba diseludup masuk ke negara ini pada Isnin.

Maqis Perak dalam satu kenyataan memaklumkan, ikan yang dianggarkan bernilai RM10,000 cuba dibawa masuk dari Indonesia itu ditahan di pintu masuk Maqis Pelabuhan Lumut.

Menurutnya, hasil pemeriksaan rutin yang dilakukan oleh pegawai Maqis mendapati peti berkenaan berisi 90kg ikan ketutu manakala 10kg lagi ikan kelah tanpa Permit Import Maqis.

"Perbuatan mengimport keluaran pertanian tanpa permit import yang dikeluarkan Maqis merupakan suatu kesalahan mengikut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau keduanya sekali di bawah Seksyen 11(3) Akta yang sama," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, Maqis menegaskan bahawa pihaknya sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan di pintu masuk negara.

Maqis berharap pihak pengimport sentiasa mematuhi syarat serta peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan bagi memastikan keselamatan makanan negara terjamin dan terpelihara.

No comments:

Post a Comment

Elak tol 45 kali, wanita berkereta Mercedes A-Class akhirnya ditahan

Sister yang lebih dari mampu bayar TOL sebab pakai Merc yang berharga lebih RM200 Ribu, tetapi tak nak bayar tol.  Namun ibarat sepandai-pan...