Wednesday 10 February 2021

BSN hulur bantuan kepada mangsa banjir di Perak

 


Rombongan Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui BSN Care mengunjungi Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad bagi memberi sumbangan berupa barangan keperluan bernilai RM10,000 khusus untuk membantu mangsa banjir yang terkesan akibat bencana banjir baru-baru ini. di Perak.

BSN diwakili oleh Tuan Haji Mazlan Mat Jalil, Pengarah BSN Negeri Perak bersama rombongan. Bantuan banjir itu bertujuan untuk meringankan beban mangsa yang terjejas akibat bencana alam ini.

"Terima kasih Tuan Haji Mazlan Mat Jalil, Pengarah BSN Negeri Perak dan rakan-rakan kerana berkongsi rasa peduli atas nasib rakyat yang terjejas" Ujar Menteri Besar.



"Dalam situasi yang tidak menentu ini, saya yakin keterlibatan pihak swasta bersama kerajaan dalam menyediakan bantuan-bantuan seperti ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan impak psikologi yang dihadapi rakyat."

"Lebih-lebih lagi dalam keadaan memuncaknya kegelisahan rakyat dalam perang melawan pandemik COVID-19" tambah beliau. 

program bantuan kepada mangsa banjir itu di bawah salah satu teras dalam BSN Care iaitu komuniti yang memberi penekanan untuk menyediakan peluang bagi menjana kehidupan yang mapan dan impak sosial serta menyediakan bantuan keperluan asas.

Perak Press


No comments:

Post a Comment

Elak tol 45 kali, wanita berkereta Mercedes A-Class akhirnya ditahan

Sister yang lebih dari mampu bayar TOL sebab pakai Merc yang berharga lebih RM200 Ribu, tetapi tak nak bayar tol.  Namun ibarat sepandai-pan...