Kerajaan hari ini bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pegerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Batu Gajah, Perak dan kuarters kakitangannya.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata arahan itu akan berkuat kuasa bermula 14 hingga 27 Februari ini.
"Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua tahanan, kakitangan serta kontak rapat yang terlibat untuk memastikan tiada jangkitan dalam komuniti.
"Prosedur operasi standard (SOP) PKPD di pusat tahanan ini juga sama seperti yang diumumkan sebelum ini termasuk pergerakan keluar masuk dan lawatan oleh ahli keluarga adalah tidak dibenarkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, hasil 81 ujian saringan, sejumlah 29 kes positif COVID-19 direkodkan dengan 45 baki saringan sedang menunggu keputusan.
AWANI
No comments:
Post a Comment