Sunday 18 July 2021

#Lumut 100 kg ikan ketutu, kelah dirampas MAQIS

 


Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Perak merampas satu peti berisi ikan ketutu dan kelah seberat 100 kilogram (kg) yang cuba diseludup masuk ke negara ini pada Isnin.

Maqis Perak dalam satu kenyataan memaklumkan, ikan yang dianggarkan bernilai RM10,000 cuba dibawa masuk dari Indonesia itu ditahan di pintu masuk Maqis Pelabuhan Lumut.

Menurutnya, hasil pemeriksaan rutin yang dilakukan oleh pegawai Maqis mendapati peti berkenaan berisi 90kg ikan ketutu manakala 10kg lagi ikan kelah tanpa Permit Import Maqis.

"Perbuatan mengimport keluaran pertanian tanpa permit import yang dikeluarkan Maqis merupakan suatu kesalahan mengikut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

#TelukIntan Seludup Ketum guna surta MITI palsu


Cubaan dua lelaki menyeludup daun ketum seberat 475 kilogram (kg) bernilai RM28,500 ke Lembah Klang gagal apabila lori dinaiki mereka ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) di Batu 5 Jalan Teluk Intan-Sabak Bernam, di sini, semalam.

Mereka turut dikesan menggunakan surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) palsu untuk merentas negeri bagi mengaburi pihak berkuasa.

Pemangku Komander PPM Wilayah Satu Superintendan Shoppri Saad berkata, dua lelaki berusia 47 dan 48 tahun itu ditahan pada 1.45 pagi hasil maklumat risikan selama sebulan.

Monday 12 July 2021

#ParitBuntar Video tular rider Foodpanda dipukul hanyalah salah faham


Polis menafikan satu video tular pergaduhan membabitkan dua lelaki Melayu yang berlaku di Parit Buntar baru-baru ini melibatkan perkauman seperti didakwa netizen sebaliknya berpunca daripada salah faham antara kedua-dua individu dalam video tersebut.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Marzuki Mat berkata, kejadian itu dikatakan berlaku apabila lelaki yang juga rider Foodpanda disyaki mempunyai hubungan sulit dengan isteri individu terbabt.

Menurut beliau, berikutan kejadian itu satu laporan polis telah dibuat oleh seorang pengadu yang juga terlibat dalam pergaduhan itu.

Sunday 11 July 2021

Video tular rompakan bersenjata bukan di #SungaiSiput

 

Polis menafikan dakwaan berlaku kes rompakan bersenjata oleh empat individu dalam kejadian di sebuah rumah di sini seperti yang tular dalam media sosial sejak semalam.


Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin sebaliknya berkata, kejadian yang direkodkan dalam klip video berdurasi dua minit dan 22 saat itu dilaporkan berlaku di New Delhi, India.


“Tiada kejadian rompakan bersenjata berlaku di sini seperti mana video yang tular, malah kita juga tidak menerima sebarang laporan polis berkaitan kes berkenaan


“Berdasarkan pemeriksaan, kejadian rompakan itu berlaku di India,” katanya di sini hari ini.

Friday 2 July 2021

#SimpangPulai Lelaki ditemukan meninggal dunia di bilik



Kebimbangan keluarga selepas mendapati salah seorang daripada mereka tidak keluar bilik hampir seharian terjawab apabila menemukannya terbaring tidak bernyawa di atas katil di rumah mereka di Taman Bersatu, Simpang Pulai di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pekerja swasta berusia 20-an itu ditemukan ahli keluarga dalam keadaan tidak bernyawa di dalam bilik yang berkunci.

"Mangsa dikatakan sudah tidak keluar bilik sejak daripada siang dan tidak juga bangun-bangun selepas pintu diketuk.

"Mereka selepas itu meminta bantuan jiran membuka pintu bilik yang terkunci dari dalam sebelum ahli keluarga menemukan mangsa dalam keadaan terbaring," katanya kepada pemberita ketika meninjau di lokasi kejadian di sini, tengah malam tadi.

Yahaya berkata, polis sebelumnya menerima panggilan daripada pihak forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, pada 6.30 petang bagi menjalankan siasatan atas satu kematian.

GRO Vietnam nekad terjun elak dicekup dalam Op Patuh

 


Sekumpulan wanita yang juga pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam nekad terjun dari tingkat satu sebuah kondominium ketika melarikan diri daripada serbuan di Gunung Rapat, Perak.

Pengarah Jabatan Imigresen negeri Perak, Hapdzan Husaini berkata, akibatnya dua wanita terbabit cedera dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan.

Menurutnya, rumah berkenaan disewa empat wanita warga Vietnam yang menjadikannya tempat menawarkan khidmat seks.

Elak tol 45 kali, wanita berkereta Mercedes A-Class akhirnya ditahan

Sister yang lebih dari mampu bayar TOL sebab pakai Merc yang berharga lebih RM200 Ribu, tetapi tak nak bayar tol.  Namun ibarat sepandai-pan...