Sunday 31 January 2021

Sungai Segari hak milik PPPNP buat ternakan udang sejak 2019

 


Perusahaan kolam udang di kawasan seluas 121 hektar di Sungai Segari di sini, telah diluluskan dan diberikan hak milik kepada Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP), sejak 2019.

Malah Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad yang juga Pengerusi PPPNP berkata, sebelum tanah itu diberikan sepenuhnya kepada PPPNP untuk tujuan berkenaan, ia telah terlebih dahulu melalui beberapa proses termasuk mendapatkan ulasan dari semua jabatan dan agensi, sehingga mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri ketika itu.

Katanya ini termasuk ulasan serta pandangan dari Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Pertanian, bagi mengenal pasti sama ada kawasan itu sesuai untuk ternakan udang.

"Setelah komen diperolehi dan semua laporan itu positif, tanah itu diluluskan kepada PPPNP. Maknanya kawasan ini sesuai diberi kepada PPPNP untuk ternakan udang.

Friday 29 January 2021

Bantuan Persekolahan, MAIPk (Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak)

Bantuan Persekolahan Perak yang dikelolai oleh MAIPk atau Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak amat mengalu-alukan mereka yang bernasib kurang baik untuk membuat permohonan Bantuan Persekolahan MAIPk bagi sesi tahun 2021.

Untuk makluman, Skim Bantuan Persekolahan ini diberikan untuk meringankan beban asnaf di Negeri Perak untuk menanggung persekolahan anak-anak mereka pada sesi persekolahan 2021.

Selain ini, skim bantuan ini juga mampu mengelakkan anak-anak di Negeri Perak tercicir daripada mendapat pendidikan akibat wujudnya kekangan kewangan keluarga.

Oleh itu, keluarga yang tidak berkemampuan adalah digalakkan untuk memohon Skim Bantuan Persekolahan ini bagi memastikan anak-anak mereka terus mendapat pendidikan yang sebaiknya.

Bantuan Persekolahan Perak

Thursday 28 January 2021

Kerajaan Negeri Perak kesal segelintir peniaga diskriminasi petugas barisan hadapan

 


Kerajaan negeri kesal dengan tindakan segelintir pihak yang memandang serong kakitangan barisan hadapan termasuk kakitangan penjara dan kem tahanan yang terpaksa berhadapan dengan kes COVID-19.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad, berkata pihaknya menerima maklumat ada premis perniagaan di Taiping, yang menampal pelekat melarang kakitangan penjara dan Kem Tahanan Kamunting (Kemta), memasuki premis mereka.

Katanya, tindakan diskriminasi itu salah dan dianggap sebagai satu penghinaan kerana mereka bukan pesakit COVID-19 atau kontak rapat yang bebas melanggar prosedur operasi standard (SOP).

"Kakitangan penjara dan petugas barisan hadapan tidak bersalah dan persepsi itu memberikan gambaran tidak baik, sedangkan mereka yang dijangkiti COVID-19 adalah banduan yang berada di dalam penjara.

Wednesday 27 January 2021

suspek Macau Scam direman 21 hari


 Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu membenarkan 11 suspek yang dipercayai ahli sindiket Macau Scam direman selama 21 hari bagi siasatan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

Hakim Norashima Khalid memberi kebenaran itu bermula hari ini sehingga 16 Februari selepas menerima permohonan daripada pihak polis.

Suspek terdiri daripada 10 lelaki dan seorang perempuan.

Pada 30 Disember lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, polis berjaya memberkas 22 anggota sindiket Macau Scam yang baru memindahkan operasi mereka dari luar negara, ekoran pandemik COVID-19, dalam serbuan di Ipoh, sehari sebelum itu.

Sultan Nazrin perkenan solat Jumaat dilaksana di Perak, maksimum jemaah 40 orang


 Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah perkenan agar solat Jumaat dan fardu dibenarkan diadakan di semua masjid dan surau di negeri ini dengan had maksimum 40 orang jemaah.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini berkata, titah berkenaan dibuat baginda selepas menimbangkan sembah nasihat daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak serta pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negeri Perak.

Menurut beliau, jemaah yang dibenarkan pula terbatas pada warganegara Malaysia lelaki dalam lingkungan usia 16 hingga 70 tahun.

"Solat Jumaat dibenarkan diadakan di semua masjid dan surau termasuk surau-surau dalam bangunan pejabat, institusi, universiti, maktab, sekolah, syarikat dan kilang untuk memberikan ruang kepada lebih ramai orang dapat menunaikan solat.

Tuesday 26 January 2021

Cara Memuat Turun Buku Teks Digital Asas Melalui Pelantar Pembelajaran Digital DELIMa

 

Cara Memuat Turun Buku Teks Digital Asas Melalui Pelantar Pembelajaran Digital DELIMa

Layari laman sesawang berikut : http://www.moe-dl.edu.my

Sunday 24 January 2021

#kualaKurau Kubur diserang babi hutan



Kuala Kurau- Serangan dan ancaman babi hutan yang merosakkan kawasan perkuburan, dilaporkan semakin menjadi-jadi. Terbaru di Tanah Perkuburan Masjid Ahmadiah, Parit Mat Ali, Kuala Kurau, disini, dimana lebih 10 batu nisan tumbang manakala tanah kubur rosak akibat serangan binatang itu. 

Jawatankuasa Pengurusan dan Keselamatan Kampung, Azhar Maturedy, berkata mengambil kira permasalahan yang berlaku pihaknya bersama penduduk membuat gotong royong membaiki semula kubur penduduk yang rosak hari ini. Menurutnya dalam masa sama, dia turut mengadukan perkara ini kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamhari yang turut hadir meninjau kawasan perkuburan ini. 

" Perkara ini disedari penduduk sekitar seminggu lalu dimana ada beberapa waris yang mengunjungi tanah perkuburan ini memaklumkan kubur ahli keluarga mereka rosak dan digali oleh binatang disyaki babi hutan. 

" Susulan itu saya bersama ahli jawatankuasa masjid telah membuat tinjauan dan mendapati benar kejadian itu malah kami dapati banyak batu nisan tumbang

" Kami tidak menolak kemungkinan perkara itu berpunca dari serangan babi hutan berikutan disini memang terdapat banyak haiwan itu yang dipercayai datang dari hutan belukar di belakang masjid ini, "katanya. 

#Semanggol Remaja maut langgar lari


Seorang remaja lelaki maut selepas terbabit dalam satu kemalangan langgar lari di Batu 10, Jalan Kerian, Semanggol di sini pada Ahad.

Dalam kejadian sekitar jam 11 pagi itu, J Guhanesh, 17, mengalami cedera parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Taiping selepas lebih tiga jam menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal jenis Suzuki dalam perjalanan ke pekan Semanggol sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan yang datang dari arah bertentangan.

Lagi kerosakan hutan dikesan, giliran Pantai Teluk Akuan


Selepas kemusnahan alam sekitar dilaporkan berlaku akibat kegiatan kuari yang tidak mematuhi beberapa syarat kelulusan penilaian impak alam sekitar (EIA) di Hutan Simpan Segari Melintang, kerosakan dan kesan aktiviti itu kini turut merebak ke lokasi lain.

Terbaharu, Pantai Teluk Akuan yang terletak berhampiran Hutan Bukit Pantai Segari Melintang menerima tempias berikutan keadaan pesisir yang mula dicemari air tanah hingga mengakibatkan pantainya bertukar “merah”.

Perkara itu didedahkan Persatuan Aktivis Sahabat Alam Malaysia (KUASA) yang kebetulan memasuki kawasan berkenaan semalam.

Saturday 23 January 2021

Bangkai ikan yu paus 1.5 tan ditemui dengan sirip dipotong


Bangkai ikan yu paus jantan seberat 1.5 tan dengan sirip pektoral kanannya dipercayai sudah dipotong ditemui di kawasan paya bakau di Sungai Dinding, Sitiawan, di sini, semalam.

Ketua Cawangan Mamalia Marin Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang, Mohd Tamimi Ali Ahmad berkata, bangkai mamalia atau nama saintifiknya rhincodon typus sepanjang 5.7 meter itu ditarik ke Jeti CPS Kampung Acheh untuk proses bedah siasat, hari ini.

"Ikan itu dipercayai sudah mati sejak empat hari lalu dan usaha mencari bangkainya mengambil masa dua hari kerana terperangkap di kawasan paya bakau selepas dimaklumkan nelayan menemuinya terapung di perairan Pulau Pangkor, Jumaat lalu.

"Bangkai itu ditemui dengan sirip kanannya sudah tiada, dipercayai dipotong. Selain itu kami turut menemui sampah seperti plastik dan ranting kayu dalam perutnya di mana ia boleh menjadi antara punca kematiannya.

Bantuan Khas Penjawat Awam RM600 Dibayar 25 Januari Ini


Berita gembira buat penjawat awam dan pesara kerajaan.Dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan pada 6 November yang lalu, kerajaan telah mengumumkan untuk memberikan bantuan khas penjawat awam sebanyak RM600.

Penjawat awam yang akan menerima bantuan ini ialah Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah.Selain itu, bantuan khas ini turut melibatkan pesara kerajaan yang menerima pencen dan veteran yang tidak berpencen.

Bagi pesara, kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan khas sebanyak RM300 kepada mereka yang layak.Bantuan khas ini akan dibayar bermula pada 25 Januari 2021.

#Tapah Pekerja Makanan Segera Maut Langgar Khinzir


Seorang pekerja sebuah restoran makanan segera di Hentian Rehat dan Rawat di sini, meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggang melanggar seekor khinzir di KM59 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur tengah malam tadi.

Mangsa, Muhammad Rasidi Shamsuddin, 35, meninggal dunia di lokasi yang merupakan Jalan Persekutuan akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, ketika kejadian pada kira-kira pukul 12.05 tengah malam itu, mangsa sedang dalam perjalanan balik ke rumahnya di Bidor, di sini dari tempat kerja.

Friday 22 January 2021

Hanya 15 pasangan dibenar nikah dalam sehari


Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) membenarkan 15 pasangan bernikah setiap hari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada Jumaat di negeri ini.

Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin menerusi arahan Tatacara Pelaksanaan Majlis Akad Nikah Norma Baharu di Perak sepanjang PKP versi 4.0 memaklumkan, pelaksanaan majlis tersebut bergantung kepada jadual yang dikeluarkan pejabat agama daerah.

Menurutnya, majlis akad nikah hanya boleh dilaksanakan di Pejabat Agama Islam Daerah sahaja.

"Pegawai Tadbir Agama Daerah atau wakilnya perlu menyediakan bilik khas bagi melaksanakan majlis akad nikah tersebut. Proses nyahkuman hendaklah dilakukan mengikut keperluan dari masa ke masa.

"Tempoh masa majlis akad nikah tidak melebihi 30 minit," katanya menerusi arahan yang dimuat naik di Facebook Jabatan Agama Islam Negeri Perak pada Jumaat.

Belia Perak sedia jadi Rasuah Busters


Golongan belia di Perak sedia menjadi mata dan telinga agensi berkaitan dalam usaha membanteras kegiatan rasuah di negara ini.

Presiden Majlis Belia Negeri (MBN) Perak, Aswannudin Hariffudin berkata, pihaknya sendiri telah merintis dan memperjuangkan usaha memberi kesedaran kepada golongan muda terhadap bahaya rasuah sejak tiga tahun lalu.

Menurutnya, MBN Perak merupakan pertubuhan belia pertama yang dilantik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai Duta Belia SPRM Perak.

“Mewakili kepimpinan belia khususnya generasi baharu di Perak, kita menyambut baik usaha Sinar Harian dalam menggerakkan usaha memerangi rasuah dengan pelancaran Sinar Rasuah Busters.

Elak tol 45 kali, wanita berkereta Mercedes A-Class akhirnya ditahan

Sister yang lebih dari mampu bayar TOL sebab pakai Merc yang berharga lebih RM200 Ribu, tetapi tak nak bayar tol.  Namun ibarat sepandai-pan...