Friday 30 April 2021

#KampungGajah Tidak puas hati kereta dibaiki masih rosak, lelaki bakar mekanik

Supt Barudin Wariso

Seorang mekanik melecur 46 peratus bahagian tubuhnya selepas terkena semburan api aerosol yang dinyalakan oleh abang pelanggannya yang tidak berpuas hati kerana kereta dibaiki mangsa masih rosak, dalam kejadian di Kampung Tersusun Balun Bidai, Kampung Gajah, dekat sini Rabu lalu.


 Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Barudin Wariso berkata dalam kejadian 8 malam itu, mangsa berusia 37 tahun tersebut didatangi oleh suspek yang menyuarakan rasa tidak puas hati kereta Proton Perdana milik adiknya masih rosak sekalipun telah berkali-kali dibaiki.


“Tercetus pergaduhan mulut di antara mangsa dan suspek berusia 50 tahun tersebut di hadapan rumah mangsa sebelum suspek dipercayai meminta seorang lagi lelaki yang datang bersamanya membeli sebotol petrol yang kemudian dituang ke atas kepala mangsa,” katanya.

Thursday 29 April 2021

Sultan Nazrin titah tangguh roboh surau sehingga surau baharu siap dibina

 

 Isu Surau Al-Karamah di Kampung Sri Keramat, Pasir Puteh di sini mendapat perhatian Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang memberi perkenan agar surau itu tidak dirobohkan sehingga surau baharu siap dibina.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata susulan titah Sultan Nazrin itu, beliau mengadakan perbincangan khas bagi mendengar taklimat daripada pelbagai jabatan berkaitan.

Perbincangan itu telah merumuskan beberapa perkara dan telah dipersembahkan kepada Sultan Nazrin, katanya.

Saturday 24 April 2021

#Taiping Perhilitan buru beruk liar cederakan wanita joging

 


Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak sedang memburu seekor beruk jantan liar yang mencederakan seorang wanita di Taman Tasik Taiping hari ini.

Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Shariff berkata sepasukan anggota telah dikerah mencari beruk itu selepas menerima laporan orang awam mengenai kejadian mangsa cedera di betis kiri akibat dicakar haiwan tersebut ketika berjoging.

“Kita telah menghantar anggota ke kawasan itu tetapi tidak menjumpai beruk tersebut.

Wednesday 21 April 2021

Pelajar Matrikulasi Perak yang di kompaun kerana langgar SOP diberi pengurangan bayaran


Susulan isu pelajar kolej di Perak yang dikompaun kerana melanggar SOP. Semua pelajar diberikan pengurangan kompaun mengikut tatacara sedia ada. 


Rujuk penjelasan lanjut Pengarah Kesihatan Perak.





Tuesday 20 April 2021

#BotaKiri Motosikal kemalangan terbakar akibat minyak yang dibawa, penunggang parah melecur

 


Dua lelaki parah melecur apabila motosikal yang mereka tunggang terlibat dalam kemalangan lalu terbakar di Kilometer 12, Jalan Bota Kiri-Teluk Sena, dekat sini, semalam.

Warga tempatan, Ahmad Tarmize Abdul Kadir, 36 tahun, melecur seluruh badan manakala warga Pakistan, Khan Imtiaz, 29 tahun, melecur di kaki, tangan dan kepala.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Barudin Wariso berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 6.30 petang ketika Ahmad Tarmize dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Pasir Kubu, sambil membawa minyak petrol di dalam raga motosikal.

Monday 19 April 2021

#TanjungMalim Ibu berdepan detik cemas anak terperangkap dalam kereta selama 20 minit


Seorang ibu berdepan detik cemas apabila anaknya yang berusia setahun setengah terperangkap dalam kereta selama kira-kira 20 minit.

Menurutu jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak, wanita berkenaan difahamkan keluar daripada kereta seketika di Kampung Bedrock, di sini hari ini untuk ke kedai berdekatan.

Apabila dia kembali semula, dia mendapati pintu kereta tersebut terkunci secara automatik bersama anaknya di dalam.

Sunday 18 April 2021

RM200,000 untuk baiki bumbung 127 rumah terjejas ribut - MB Perak

 


Kerajaan Perak memperuntukkan hingga RM200,000 untuk membaik pulih 127 rumah di Kampung Tasek di Ipoh yang rosak teruk akibat kejadian ribut pada Rabu lepas.


Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berkata kerja membaik pulih kediaman terbabit yang rata-rata mengalami kerosakan pada bumbung akan bermula esok.


Yayasan Perak juga menyumbang kotak berisi makanan kering bagi kegunaan isi rumah," katanya ketika menyampaikan Tabung Bantuan Bencana buat mangsa ribut Kampung Tasek hari ini.

Thursday 15 April 2021

Suspek kes bunuh ibu tunggal cedera akibat kesan tikaman kini stabil


Keadaan suspek kes bunuh seorang ibu tunggal dalam pergaduhan di kediaman mangsa di Taman Perpaduan, malam semalam yang cedera akibat beberapa kesan tikaman pada dadanya, kini stabil.

Ketua Polis Daerah Ipoh, A. Asmadi Abdul Aziz berkata suspek berumur 23 tahun yang ditempatkan di zon merah Hospital Raja Permaisuri Bainun itu bagaimanapun belum sedarkan diri selepas dibedah pada kira-kira pukul 3 pagi.

“Pembedahan dilakukan bagi melihat kesan kecederaan pada badannya dan doktor memaklumkan kecederaan dialami suspek adalah tidak serius,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Wednesday 14 April 2021

#BaganSeberang Lelaki rentung dalam kereta terbakar


Seorang lelaki ditemui rentung dalam sebuah kereta yang terbakar di Jalan Bagan Seberang, Kampung Kuala Gula, pagi tadi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 10.41 pagi dan segera ke lokasi kejadian.

Menurutnya, setibanya di lokasi pihaknya mendapati sebuah kereta jenis Honda sedang terbakar.

"Terdapat seorang mangsa lelaki disahkan rentung dalam kenderaan itu dan operasi memadam kebakaran masih dijalankan," katanya dalam satu kenyataan.

Bufet Berbuka Puasa Bukit Merah Laketown Resort 2021



Nostalgia Warisan Kampung tema Bufet Berbuka Puasa Bukit Merah Laketown Resort 2021

Untuk tahun ini bagi peminat Bufet Berbuka Puasa, anda boleh cuba buffet Ramadan yang ditawarkan oleh Bukit Merah Lake Town Resort yang diyakini bakal menepati citarasa anda bertemakan "Nostalgia Warisan Kampung"

Dengan harga serendah RM 40 ringgit untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak, warga emas dan OKU anda boleh nikmati juadah bufet yang terdiri lebih dari 50 Jenis juadah  di dengan suasana  ditepian Tasik Bukit Merah sepanjang bulan Ramadan tahun ini. Pelbagai menu yang pasti menggiurkan anda semua! Adanya kambing panggang, satay, daging masak hitam, ayam masak merah, dalca daging tetel dan pelbagai menu lagi yang akan dihidangkan dari 7.00 petang hingga 9.30 malam!🤤

Monday 12 April 2021

Harimau Malaya Puntum,Teja & Bayu, sambut ulang tahun pertama kelahiran di Zoo Taiping

 



Tiga ekor anak harimau Malaya yang dilahirkan 12 April tahun lalu, menyambut ulang tahun kelahiran pertama hari ini di Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS).

Puntum (jantan), Teja dan Bayu (betina) dilahirkan di zoo tersebut oleh ibunya yang bernama ‘Baby’ yang ketika itu berusia 11 tahun.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Khairul Amir Muhammad Zubir berkata, sempena ulang tahun itu, pihak zoo menawarkan pakej khas kepada 60 penyertaan terawal pada Sabtu dan Ahad lepas.

Menurutnya, melalui pakej itu, peserta diberi peluang untuk merasai pengalaman melawat pameran-pameran di ZTNS bersama Renjer Zoo dan bersama-sama menyertai sesi ‘animal feeding’.

“Lebih menarik, peserta turut diberikan keistimewaan iaitu dapat melihat anak-anak harimau ini menerusi jarak dekat, melihat sesi ‘enrichment programme’ yang disediakan oleh penjaga zoo,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sunday 4 April 2021

#Ipoh 14 penumpang, pemandu cedera, bas terbabas masuk longkang

 


Seramai 15 orang termasuk seorang pemandu cedera apabila sebuah bas ekspres dinaiki mereka dipercayai terbabas ke bahu jalan di Kilometer (KM) 265 Lebuhraya Utara Selatan, berdekatan Terowong Menora arah selatan di sini, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Shahrudi Muhamad Halil berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian melibatkan 12 lelaki dan tiga perempuan berusia antara 14 hingga 59 tahun itu pada pukul 2.22 pagi.

“Kami segera mengerahkan seramai 16 anggota dan pegawai dari BBP Meru dan bantuan dari BBP Ipoh ke lokasi kejadian bagi kerja-kerja menyelamat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Saturday 3 April 2021

#Chemor Tiga pejalan kaki cedera dirempuh kereta


Tiga pejalan kaki cedera dirempuh sebuah kereta yang hilang kawalan selepas mengelak sebuah motosikal di Pasar Pagi Klebang Jaya di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, tiga pejalan kaki masing-masing dua lelaki dan seorang wanita berusia 64, 70 dan 55 tahun mengalami luka-luka dan lebam di beberapa bahagian badan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintenden Mohamad Nordin Abdullah berkata, kejadian berlaku melibatkan sebuah kereta jenis Proton Iriz dipandu lelaki berusia 82 tahun yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Chemor.

Katanya, kereta itu bagaimanapun hilang kawalan selepas cuba mengelak sebuah motosikal yang tiba-tiba masuk ke laluannya.

Perincian 494 kes baharu COVID-19 di Negeri Perak

 

Berikut adalah perincian 494 kes baharu COVID-19 di Negeri Perak, hari ini.
a) Daerah Manjung (487 kes)
486 kes dari saringan Kluster Jalan Pelabuhan. 486 kes adalah jangkitan tempatan. Jumlah keseluruhan kes di Perak dari Kluster Jalan Pelabuhan adalah 1312 kes.
1 kes dari saringan pra-penerbangan. Kes adalah jangkitan tempatan.
b) Daerah Larut Matang Selama (4 kes)
1 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Beringin. Kes adalah jangkitan dari luar Perak. Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Beringin di Perak adalah 177 kes.
3 kes dari saringan kontak rapat. 3 kes adalah jangkitan tempatan.
c) Daerah Kinta (1 kes)
1 kes dari saringan kontak rapat. Kes adalah jangkitan dari luar Perak.
d) Daerah Hilir Perak (1 kes)
1 kes dari saringan kontak rapat. Kes adalah jangkitan dari luar Perak.
e) Daerah Muallim (1 kes)
1 kes dari saringan bersasar di tempat kerja. Kes adalah jangkitan dari luar Perak.
Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Perak

#Covid19 Negeri Perak Tertinggi Hari Ini

 

Perak melaporkan kes harian baharu tertinggi hari ini iaitu sebanyak 494 kes (30.2%). Daripada jumlah ini, sebanyak 486 kes (98.4%) adalah daripada Kluster Jalan Pelabuhan. 

Kluster tempat kerja ini telah diumumkan pada 20 Februari 2021.

Sungai Perak diancam baung ekor merah

 

KAMPUNG GAJAH: Jabatan Perikanan mengesahkan pemilik sangkar ikan yang hanyut dan pecah di Teluk Intan, 29 Mac lalu turut menternak ikan baung ekor merah.

Berikutan kejadian itu, ikan baung atau nama saintifiknya Hemibagrus Wyckioides dipercayai terlepas ke Sungai Perak. 

Spesies dikategorikan sebagai ikan pemangsa dikatakan berasal dari Sungai Mekong, Vietnam itu berbahaya kepada ekosistem sungai dan tasik apabila dikesan mampu memusnahkan keseluruhan hidupan asal jika terlepas masuk ke kawasan berkenaan.

Pengarah Jabatan Perikanan Perak, Zaki Mokri, berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan permit untuk membawa masuk ikan baung ekor merah kerana ia termasuk dalam kategori ikan asing spesies alien.


Beliau berkata pihaknya percaya pemilik sangkar berkenaan menternak ikan itu secara haram bersama ikan lain.

"Kami memang tidak mengeluarkan permit untuk membawa masuk ikan baung merah tetapi jika ada penternak yang mahu membelanya ia perlu merujuk kepada jabatan dahulu.

"Ikan jenis ini memang tidak dibenarkan diternak dalam sangkar kerana dikhuatiri terlepas dalam sungai di mana ia adalah ikan pemangsa yang sangat berisiko kepada sumber sungai kita.

"Jika boleh pun mungkin diternak dalam tangki tetapi bukan mudah kerana kita perlu membuat penilaian seperti sistem penternakan dan pembuangan sisa air," katanya ketika dihubungi hari ini.

Zaki berkata, pemilik itu mempunyai 300 petak sangkar yang menempatkan pelbagai jenis ikan seperti patin, baung dan talapia.

Bagaimanapun katanya, pihaknya tidak menolak individu terbabit turut membela baung ekor merah di dua atau tiga sangkar di Sungai Perak.

"Dalam kejadian itu tali pengikat sangkar putus dan menyebabkan 250 sangkar ikan hanyut, malah ada yang pecah. Ia turut mengakibatkan ikan mati dan terlepas ke sungai termasuk ikan baung ekor merah.

"Tetapi ikan ini dibela dan diberi makan palet, jadi ia agak jinak dan tidak akan pergi terlalu jauh. Dia juga akan menunggu diberi makan, jadi kita saran nelayan (dan pemilik sangkar sendiri) memancing atau menjala terus ikan itu supaya spesis ini tidak membiak dalam perairan sungai kita," katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah melakukan lawatan dan pemantauan di lokasi dan akan menjalankan siasatan lanjut mengenainya sebelum mengambil tindakan susulan lain.

Sementara itu, seorang nelayan dari Kampung Sungai Buaya, Kampung Gajah, Muhammad Firdaus Othman, 30, berkata, dia terkejut apabila ramai rakannya yang memancing di kuala Sungai Buaya memperoleh ikan baung ekor merah.

Menurutnya, lokasi kampung mereka berhampiran dengan Sungai Perak di Teluk Intan menyebabkan ikan itu terlepas hingga ke kawasan mereka yang disedari dua hari selepas kejadian itu.

"Ada kawan dapat antara dua hingga sembilan ekor ikan jenis itu ketika memancing di sungai dengan anggaran berat antara dua hingga tiga kilogram seekor.

"Kami maklum jenis ikan ini memang bahaya dan akan makan semua sumber sungai. Jika dibiarkan ia akan membiak sekali gus menjejaskan sumber Sungai Perak di Hilir Perak juga terkenal dengan udang galah," katanya.

Muhammad Firdaus berkata, mereka juga terkilan dengan tindakan individu yang mementingkan diri sendiri kerana masih tetap membela ikan jenis itu dan berharap kejadian sama tidak berulang - BH

Thursday 1 April 2021

Perhilitan Perak rampas 18 burung pelbagai spesies bernilai RM65,000


Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak merampas 18 burung pelbagai spesies tempatan dan luar negara bernilai RM65,000, di sebuah rumah di Lebuh Shatin, Taman Shatin di sini, semalam.

Pengarahnya, Yusoff Shariff berkata, hasil pemeriksaan oleh penguatkuasa ke atas rumah seorang lelaki berusia 27 tahun pada jam 1.15 petang menjumpai pelbagai spesies hidupan liar, termasuk spesies dilindungi.

"Hasil pemeriksaan di rumah itu menemui 18 burung bersama tujuh sangkar membabitkan jenis Blue dan Gold Macaw, Tiong Mas, Sun Conure, Sulfur Cockatoo, African Grey, Fischer's Love Bird, Murai Batu dan Green Winged Macaw.

Elak tol 45 kali, wanita berkereta Mercedes A-Class akhirnya ditahan

Sister yang lebih dari mampu bayar TOL sebab pakai Merc yang berharga lebih RM200 Ribu, tetapi tak nak bayar tol.  Namun ibarat sepandai-pan...