Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sedang menyediakan kemudahan internet percuma di 20 lokasi terpilih sekitar bandar raya ini dengan kos RM200,000.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, kemudahan yang dikenali dengan nama MBIFREEWIFI dengan kelajuan 300 mbps itu dijangka siap pada penghujung April depan.
Menurutnya, inisiatif tersebut disediakan untuk membantu pelajar mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selain membantu usahawan untuk mengembangkan lagi pasaran produk mereka secara dalam talian.
“Kemudahan ini selaras dengan perubahan normal baharu dan ke arah menjadikan Ipoh sebagai bandar raya pintar kerana kita mahu menjadi antara bandar raya terawal menerima kemudahan 5G.